Tuesday, July 23, 2013

~Resepi Puding Roti~

Assalamualaikum dan selamat petang....^____^

Lagi beberapa minit mahu pulang.  Seperti yang dijanjikan aku sharekan resepi puding roti yang aku buat sabtu lepas.  Aku google je resepi ni dan dah tentu-tentu blog masakan yang selalu menjadi blog rujukan aku adalah blog INI.  Memang setiap kali aku akan menjadi sumber rujukan untukku selain buku resepi.

Okey, mari kita tengok.

Inilah rupa puding roti yang telah siap dipotong.  Tak sempat snap yang lain.  Biasalah kelam kabut nak berbuka.  Lain kalilah ye.  Mari kita tengok pula bahan-bahan dan cara-caranya.  Kalau nak try dipersilakan.


PUDING ROTI
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega


BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
  2. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera.. 
Sekian...Selamat mencuba!!!






                                                                                                          

3 comments:

adianiez AIDA said...

hmmmm best nyer.
aida nak buat koktel kastard pun tak sempat lagi, fida.
izzat kalau aida amik from taska, tak nak dok diam, nak berdukung jer. kelam kabut masak. tu yg tak sempat mengkoktel :-(

rina_mazlan said...

Must try! Dah tua-tua ni buat benda ni pun tak tau lagi... :P

suhaili yaacob said...

tq sis!! nanti nak trylaaa buat...