Thursday, July 11, 2013

~Wanita Anti Jenayah & Sanjungan Kasih Tersemat Di Hati~

Assalamualaikum...

Ini adalah entri seminar yang aku hadiri sebelum puasa hari tu.  Sebenarnya aku dah taip entri panjang berjela masa lunch tadi tapi entah mana hilangnya.  Bengang jap.  Penat aku mengarang cerita.  Okey, bulan puasa kena banyak bersabar.

Terus kepada cerita yang nak aku ceritakan.  Nak cari idea nak menulis lagi.  Untuk hilangkan mengantuk marilah buat karangan.

Seminar yang pertama di grand ball room mitc.

Seminar wanita anti jenayah anjuran JPW.  Best jugak ceramah ni.  Membincangkan mengenai keldai dadah.  Sesiapa yang ada berkawan dengan lelaki asing sila berhati-hati jangan sampai menjerat diri.

Seminar kedua yang diadakan pada 2 Julai lepas di Best Western Wana Hotel.

Seminar bertajuk Sanjungan Kasih Tersemat Di Hati anjuran bahagian kaunseling dan psikologi JKMN. Best penceramahnya.  Dapatlah serba sedikit info tentang rumahtangga, tentang kasih sayang suami isteri.

Borang penilaian program

Sebahagian peserta seminar.  Ini kaum lelaki.

Akhir sekali, gambar aku dan Zila.  Lama sungguh si zila tak enterframe kat blog aku ini.  So, secara tak langsungnya seminar dua hari yang aku hadiri telah mencukupkan aku kursus 7 hari.  Lepas ni, tak payah fikir-fikir lagi.

Sekian...




No comments: