Pages

Tuesday, July 2, 2013

~Cinta Jangan Pergi, Teduhan Kasih & Sebenarnya Saya Isteri Dia~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Panjang sekali tajuk untuk entri kali ini.  Ketika aku sedang menaip blog ini aku sedang berseminar.  Seronok seminar hari ini.  Hilang stress kejap.  Ceramahnya yang tidak lekang dengan gelak ketawa kerana penceramahnya suka buat lawak.

Okey, ini adalah tajuk-tajuk drama yang aku ikuti dari first episod sampai ke endingnya.  Dua dari drama ini adalah adaptasi dari novel.  Memang aku suka baca novel dan suka tengok drama melayu.  Tapi ini pun jadi isu. Ermmmm...boring tol.















Cinta jangan pergi...aku suka tengok drama ni sebab ada Tiz dengan Remy.  Aku suka gandingan dia orang berdua sejak aku tengok Nur Kasih.  Akhirnya cinta itu milik Lea dan Khalil.  Dah pun berakhir drama ini ahad lepas.

Ini pula Teduhan Kasih...episod akhir petang ni.  Tak sabar nak tengok apa kesudahannya.  Mungkin tak lari dengan novel yang sudah aku cernakan. Sebab tengok drama ni ada Adi Putra.  Hihihi.  Okey, ada orang kata suruh baca buku agama.

Tadaaa...ini pulak Sebenarnya Saya Isteri Dia.  Aku ada jugak novelnya.  Episod akhir jumaat ini. Sebab tengok semestinya ada Tiz.  Tapi lakonan Izzue dalam drama ini sangat sweet.  Isu jugak nanti perkataan sweet ni.  Oh tidak!

So, kesimpulannya, minggu ni semua cerita kegemaran akan tamat.  Minggu depan sudah mula berpuasa.  Fokus pada bulan Ramadhan pula :D

Sekian, sesi petang dah nak mula.







                                                                                                        

No comments: