Monday, July 29, 2013

~Resepi : Biskut Coklat Chips~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Sudah isnin kembali.  Masa begitu pantas sekali dan pejam celik dah raya.  Mesti masing-masing ada yang sibuk membuat kuih raya.  Aku juga tidak ketinggalan.  adalah buat beberapa jenis kuih yang simple-simple aku buat.

Pagi ni just nak share resepi memandangkan bff aku di Perak minta resepi biskut ni.  So aku sharekan di sini untuk tatapan semua termasuklah bff aku itu. :D

RESEPI BISKUT COKLAT CHIPS (untuk 2 adunan)

Bahan-bahannya:

10oz gula halus
2 buku butter
4 biji telur
300 gram kacang badam
2 cawan milo
1 kotak tepung naik sendiri
1 sudu teh cream of tartar
1 sudu bicarbonate
400 gram coklat chips

Cara-caranya :
Pukul telur, butter dan gula hingga kembang.
Campur badam, milo, tepung, coklat chips dan gaul hingga sebati.
Simpan adunan tadi di dalam peti sejuk beberapa minit, apabila agak keras bentuk bulat-bulat dan dileperkan.
Bakar hingga masak.

Nota>>>Cream of tartar dan bicarbonate dicampur pada tepung kemudian ayak.

Inilah rupa adunan setelah dicampur kesemua bahan-bahannya.

Bentuk bulat-bulat.

Letak di atas dulang untuk dibakar.

Leperkan sebelum dibakar.

Inilah hasilnya setelah dibakar.  Sekian dulu.  Bolehlah cuba pada sesiapa yang berminat untuk mencubanya.  Tahun ni tak tahulah aku sempat ataupun tidak untuk membuatnya.  Ini semua gambar-gambar tahun lepas.







                                                                                                                     

2 comments:

.:fyzz:. said...

rajinnya..tahun ni buat la lagi...saya mmg tunjuk2 ja..ingt tahun nih nk buat satu dua..:)

fazilzura said...

FUHHH terbaekkkkk..

awak raya mana ?