Tuesday, July 9, 2013

~Terima Kasih Pada Cik Anon~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas pagi ini.  Masih diberi kesempatan untuk melihat dunia.  Pagi ini log in blog je terus terbaca komen dari seseorang yang bergelar Anon.  Kenapa tak letak link?Senang nak berhubung.  Inilah pertama kalinya setelah empat tahun berblogging baru dapat komen daripada Cik Anon. 

Pertama sekali, nak minta maaf banyak-banyak.  Memang akak tak perasan masa post link tu.  Maklumlah buat tengah-tengah malam.  Lepas tu copy paste pulak ayat di atas ke bawah.  Itulah terjadinya kes rupa itu.  Padahal dah double check masa nak post entri tu.  Sekali lagi sorry ye.

Inilah komen yang ditinggalkan oleh Cik Anon itu.  Dikatakan pemilihan pemenang tidak adil.  Pemilihan tu adil cuma link tu yang tersalah tulis.  Sekali lagi nak beritahu memang akak tak perasan.  Kalau perasan tak kan sengaja tulis double link kan? 

Ini adalah keputusan sebelum CIk Anon itu meninggalkan komennya.  Link yang sama untuk nombor yang berbeza.

Ini adalah keputusan selepas Cik Anon meninggalkan komennya.  Link untuk nombor 38 telah pun ditukar.  Keputusannya ada di SINI.  Buat Cik Anon, apa-apa pun sekali lagi akak minta maaf ye dan terima kasih di atas teguran itu.  Zero-zero ye dan selamat berpuasa buat Cik Anon.

Sekian...






                                                                                                         

No comments: