BE MY FRIENDS!!!

SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, January 2, 2013

~Permulaan Hari Buat Adriana~

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi semua.  Back to school!!Hari pertama untuk anak-anak ke sekolah.  Begitu juga dengan aku hari ini menghantar puteriku ke tadika barunya.  Kejap sahaja masa berlalu dan adriana sudah pun berumur 5 tahun.  Hari ini aku cuti sebab nak hantar dan daftar adriana di tadika barunya iaitu Tadika Keh Seng.  Tadika nie berdekatan dengan area rumah mak aku.

Sebab adriana ke tadika ini adalah kerana asben dah daftar adriana standard 1 di sekolah rendahnya.  So, itulah 5 tahun kami kena menghantar adriana ke sini.  Bukanlah sebab tadika lamanya tidak bagus.  Kalau tak kerana tadika lamanya iaitu Tadika Harapan Setiakawan, adriana tidak mampu mengenal huruf, membaca, mengeja.  Tapi nanti lepas balik dari tadika pagi, adriana akan duduk di transit di tadika lamanya.  Tidak lagi ke rumah mak aku.  Nanti aku ceritakan kenapa.

 So, itulah cerita untuk pagi ini.  Aku sempat update sebelum memulakan hari kami pada hari ini.  Adriana yang nak masuk tadika cina, maknya yang excited terlebih.  Semoga semuanya berjalan dengan lancar.  Nanti aku update lagi suasana di tadika nanti.  Till then.  Love, A.A.

Nota>>>Gambar di atas adalah ehsan dari google.





                                                                                                                       


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...