Pages

Monday, January 14, 2013

~Jalan-Jalan Sekitar Melaka~

Assalamualaikum..

Kembali lagi di sini.  Aku cuba untuk menulis lagi di sini.  Seperti biasa, ini adalah scheduled post.  Malam tadi aku cuba untuk membuat entry untuk hari ini.  Kalau tak memang tidak berupdate.  Aku cuba mencari ruang untuk berblogging lagi.  Walau sesibuk mana akan aku cuba jugak melainkan kalau penyakit 'M' menyinggah di dalam diri.

Semalam, hari ahad asben aku offday.  Biasalah bila sudah bertukar waktu kerja secara shif hanya waktu offday asben yang sesekali terkena pada hujung minggu bolehlah kami anak-beranak berjalan.  Kena time kerja memang tak dapatlah sebab aku pulak kerja.

Untuk pembuka tahun 2013 ini, kami berjalan-jalan di sekitar Melaka dulu.  Mungkin akan ada perancangan ke luar untuk cuti-cuti Malaysia luar daripada Melaka pula.  Jika diizinkan dari segi masa dan kewangan akan terlaksanalah.

Layan dulu gambar ke mana kami pergi semalam.  Nak cerita dan upload gambar untuk semalam memang aku tak larat.  Mata pun dah tak berapa boleh bukak so aku letakkan dulu gambar-gambar tempat yang kami pergi.

Zoo Melaka

Muzium Kastam

Bukit St. Paul

Berjalan-jalan sekitar Banda Hilir.

Menyusul nanti cerita penuhnya untuk setiap tempat yang kami lawati.  In sha allah, jika kerajinan itu ada.  Gambar memang banyakler nak upload tapi akan aku cuba untuk dijadikan kenangan untuk kami juga.  Sekian..






                                                                                                                      

1 comment:

rina_mazlan said...

Seronoknya... Rina insyallah hujung bulan ni gi jalan melaka... :)