BE MY FRIENDS!!!

SUKA ENTRY DI SINI???

Friday, January 11, 2013

~Hari Nie Besday Ct Nurhaliza~

Assalamualaikum...

Inilah akibatnya bila dah terlebih rajin.  Lebih rajin erk?  Entry ketiga untuk hari ini.  Bila ada idea baiklah kita menaip di sini.  Sekurang-kurangnya terupdate jugak blog ini.  Hari ini tanggal 11 Januari 2013 adalah hari lahir penyanyi tersohor iaitu Siti Nurhaliza Taruddin.  Ini adalah salah satu artis yang aku memang minat giler sejak dari bangku sekolah.

Waktu sekolah, aku dan bff aku masa di sekolah iaitu Aida memang amat meminati penyanyi ini.  Kalau ada majalah yang keluar muka Siti nie memang kita orang akan beli.  Ingat lagi masa tue majalah mangga dan urtv yang aku tahu pun.  Gunting gambar siti lekatlah kat buku.  Trademark kita orang masa tue adalah Siti!Beli make up pun jenama maybelline.  Kan masa tue Siti jadi model untuk jenama tue.  Album Siti yang keluar memang tak pernah miss untuk beli.  Zaman tue beli kaset.  Kumpul duit sekolah untuk beli kaset.  Lepas tue dengarlah kat walkman.  Sampai begitu sekali yea.  Kasetnya aku pun tak tahu kat mana aku simpan.  :D 

Tetibe pulak teringat besday Siti.  Sekarang tidaklah fanatik seperti dulu.  Tak sesuai sejak beranak dua nie.  Heeee..Masih minat dan biasa-biasa saja.  Apa-apa pun Selamat Hari Lahir buat Dato' Siti Nurhaliza!!







                                                                                                                   
Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...