Pages

Friday, January 4, 2013

~Bersangka Baik~

Assalamualaikum...^___^

Alhamdulillah, bertemu kembali jumaat di tahun baru 2013.  Misi serta azam mahu menjadi seorang ke arah positif.  Positif!!!Yeahhh semoga aku dapat mengekalkan azam itu untuk suatu jangka yang panjang.  Tiada lagi emosi, emosi nie dan sebolehnya tidak mahu menjadi terlalu sensitif.  Oh itulah perangai aku yang sukar dibendung.  Cepat nak sensitif dan nak terasa. 

Tapi bak kata bff aku pedulikan kata-kata orang.  Kata-katanya aku terima bila kami berwhatsapp bila masa aku menghantar gambar lipstick pada dia.  Bff kata azam tahun baru ka?Heeee.Lawak tol.  Manalah aku pernah berlipstick bagai.  Nak kena kata dengan orang ke bila nengok aku berlipstick.  Heee.  Tak apalah lupakanlah apa oang nak kata tentang kita.  Tolak ketepi jea dan tak payah ambil pusing.  Nanti diri sendiri tertekan dek kerana nak fikir sangat kata-kata orang.

Sentiasa bersangaka baik pada orang lain.  Kalau dia berkata-kata tue anggaplah mungkin hobinya suka bercakap.  Bersangka baik bukan.  Mungkin dari apa yang dia cakap ada baiknya pada kita.  Siapa tahu kan?Oklah ini sahaja entry untuk pagi ini.  Masih mahu memotivasikan diri sendiri untuk menjadi seorang positif.  Oh iye, pagi tadi aku dah menjadi supermom.  Bangun pagi tadi seawal 5.30 pagi dan keluar rumah jam 6.30 pagi.  Menghadap jem bukan main.  Nanti aku cerita kisah pagi tadi.  Positifkan diri supaya tidak stress.  Sekian.





                                                                                                                      

No comments: