Wednesday, January 16, 2013

~Emergency Leave~

Assalamualaikum...

Sila ambil mood.  Saat entry ini ditulis, aku berada di rumahku syurgaku.  Tak kerja ke hari ini?Aku tak kerja..ambil emergency leave (EL).

Syoookkkk duduk di rumah sambil bergolek-golek dengan tenang di atas katil beralaskan tilam yang empuk.  Hilang stress.  Sebab aku EL?

Aku sakit perut.  Pagi tadi memang flat tak boleh nak bangun.  Hari ini sepatutnya kena keluar awal pagi untuk hantar kids ke sekolah dan rumah mak.  Tapi sebab badan tak larat itu yang aku cadang el sahaja.  So, hari ini bersantai di rumah sahaja.

Hari ini aku di rumah ditemankan oleh superheroes ini.  Saat ini kedua-duanya sedang beradu.  Yang hero tua beradu sebab balik kerja malam, hero muda sebab sudah kepenatan berjalan satu rumah.  Ada kerjaan yang hero muda buat tadi bila aku terlena kejap.  Urut dada kejap tadi. 

Kakak nana pergi sekolah.  Tadi mama gigih jugak bangun untuk hantar dia ke sekolah.  Itu pun dah lambat 7.40 pagi baru keluar rumah.  Nana kata bila dia tengok kat luar dah terang 'Selalu kita keluar malam-malam, ini kenapa keluar siang?'  Iyelah, selalu keluar gelap lagi pukul 6.30 pagi dah keluar.  Nampak mama berseluar jeans dia bertanya lagi 'kenapa mama pakai seluar jeans?'  Aku jawab 'Mama cuti sakit perut.'  Pantas dia jawab 'Nana pun nak cutilah.'  Mama bulatkan mata.  Heeee..

So sekarang aku seorang diri melayan perasaan.  Tadi dah sidai baju satu bakul, nak masak mood tak sampai-sampai dari tadi.  Kang hero bangun nak ajak makan luar jea.  Nak buat apa pun tak ada mood tapi update blog aku punya banyak mood.  Huahuahua..Oklah..sampai sini dulu entry ini.  Nak sambung melayan perasaan..Daaaaa   







                                                                                                                   

1 comment:

Unknown said...

ko salah makan ke malam tadi???