Pages

Tuesday, January 1, 2013

~Aktiviti Penutup Akhir Tahun~

Assalamualaikum...^___^

Selamat petang buat semua.  Ini adalah entry ketiga aku untuk hari ini.  Entry pagi tadi aku ceritakan mengenai gambar penutup tahun.  Dah petang barulah berkesempatan lagi nak update cerita pasal semalam.  Aktiviti penutup tahun 2012 buat aku, asben dan anak-anak.

Semalam aku kerja tapi half day sebab ada perkara yang perlu aku uruskan.  Then balik rumah aku ajak asben ke Jusco sebab nak cari seluar basahan untuk adriana.  Sebab nanti adriana dah duduk kat transit lepas balik tadika pagi.  Itu yang nak belikan seluar harian untuk adriana pakai di transit nanti.  Kami terus keluar lepas Asar, then pegi rumah mak dulu hantar barang pada SIL.  Barulah kami ke Jusco meneruskan misi kami di sini.

Kami yang baru tiba di parking.

Masa nie sudah settle hal adriana.  Belikan ammar baju harian jugak.  Ini tengah tunggu mr papa pilih kasut.  Entah apa mimpi tetiba laki den nak beli kasut.

Kakak dan adik.  Kami sedang menanti dengan penuh sabar.

Suruh aku pilih yang mana satu.  Dah rambang matalah tue dan aku telah memberikan jawapan. :D

Sedang pusing-pusing dalam jusco nampak mesin nie.  Apalagi terus cuba gunakan mesin nie.

Kemudian bawak adrianammar pegi tempat mainan.  Adriana dok merengek-rengek nak main.  Aku bawaklah jugak.  Tukar coin RM4 jea.  Mainan pertama yang dinaiknya.

Kemudian naik yang ini pulak.

Last sekali benda alah yang aku tak tahu nama.  Janji dia orang happy, mak pun happy.

Kemudian kami terus mencari tempat untuk mengisi perut.  Memandang aku berpuasa, terus makan kat luar jealah.  Ini mesti ammar tengah pandang mama dan kakak dekat kaunter.

Kami makan di sini.  Aku makan yang set ada burger.

Three of us.  Gambar nie adriana yang snap.  Tak berapa clear sangat.  Janji adalah nak.

Nak balik, aku suruh papa bergambar dengan anak-anak sampai beberapa capture yang telah dibuat.  Aku ada buat entry sebelum ini di SINI.  Paling suka tengok gambar nie. :D

Inilah beg plastik yang mengandungi hasil rembatan kami di jusco.

Seluar dan baju untuk adrianammar.

Kasut untuk papa.  Aku?Untuk aku tak ada sebab tak ada benda yang aku perlukan buat masa ini.

Itu sahajalah cerita kami untuk penutup akhir tahun semalam.  Akhir tahun yang terpaksa untuk mengeluarkan duit untuk berbelanja.  Lepas nie kena berjimat ok.  Mesti berjimat!
 







                                                                                                                     

1 comment:

LYAfrina said...

selamat tahun baru...


** akhir tahun mmg sales giler2 kan