BE MY FRIENDS!!!

SUKA ENTRY DI SINI???

Monday, January 28, 2013

~Keratan Kalendar Kuda~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan semoga semuanya selamat hendaknya.  Bila sudah mula menaip di sini, akan ada entry selepas-selepasnya.  Percayalah!Menulis biarlah dari hati.  Jika tidak sepenuh hati, maka tidak bermaknalah sesuatu perkara.

Ok, apa aku merepek dan merapu ini?Entry kedua hari ini.  Datang rajin macam nielah.  tapi entry nie aku taip malam tadi yea.  Hendaklah aku katakan aku bukan menaip ketika waktu pejabat.  Ini adalah entry scheduled!

Ok, berapa kali ok?Berbalik kepada tajuk di atas adalah mengenai keratan kalendar kuda.  Tahu kan apa itu kalendar kuda?Aku simpan keratan kalendar kuda untuk tahun 2008 bagi bulan januari dan juga 2011 bagi bulan februari.  Sebab apa?

Sebabnya itu adalah hari lahir anak-anak aku.  Yang sebab utama kat situ ada tercatat bulan Islamnya sekali.  Jadi aku boleh ingat tarikh lahir adriana dan ammar dalam bulan Islam.  Mengikut kalendar Islam, Adriana lahir pada 11 Muharam 1429 manakala Ammar pula lahir pada 18 Rabiulawwal 1432.  Itulah sebabnya.

Sebenarnya, Kak Nisah yang ajar aku simpan kalendar kuda nie.  Itu yang aku simpan dan mungkin akan dipraktikkan untuk anak no 3, 4..Wah ada lagi erk?Heee..No komen..Ada rezeki aku terima.

Keratan kalendar kuda yang aku simpan.  Tahun 2008 dan 2011.

Ini untuk adriana.

Dan ini adalah untuk ammar.

Ada sesiapa tak yang simpan seperti ini?Pada sesiapa sahaja bolehlah dipraktikkan cara ini untuk rujukan kita nanti.  Aku simpan keratan kalendar kuda ini bersama-sama surat kelahiran mereka.  Aku pun tak tahu tarikh lahir untuk bulan Islam.  Tapi mak long aku ada tulis kat buku semua tarikh lahir kita orang dalam bulan Islam.  Sekian sahaja.  Entry ini sekadar untuk berkongsi. 





                                                                                                                       


Jangan Lupa LIKE dan Tinggalkan KOMEN Anda Yea...:-)

4 comments:

nor faezah alias said...

pasni kne la tggu tahun kuda g tuk anak2 seterusnye..hehe

lurun namzar said...

thanx,sis for sharing.
saya pn slalu luper bila org tanya tarikh lahir dlm islam.

Cho Zila said...

memang sangat elok.. akakni suami yang rajin .. dia tulis sekali tarikh lahir anak2 dalam bulan Islam.. harapkan akak takderler...

fazilzura said...

waahhh berkude2 yew..

kalau hok kude ni jrg simpan , lg2 kalau yg kecik.. abis bulan KOYAKKKK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...