Monday, January 14, 2013

~Melihat Binatang Di Zoo Melaka~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Sudah lunch ke belum?Aku dah lunch makan nasi lemak itupun Kak Nisah bagi.  Hari nie betul langkah kanan dari pagi sebab pagi tadi pun ada ofismate bawak nasi kerabu.  Alhamdulillah untuk hari ini.

So, sekarang aku nak sambung bercerita mengenai entry pagi tadi.  Cerita pertama kami semalam adalah ke Zoo Melaka.  Entry kali nie memang banyak gambar dan silalah muntah ijo dengan gambar-gambar yang ada.  Aku sendiri rasa nak termuntah sebab nak pilih gambar.  tak upload rasa sayang pula tapi ini pun gambar-gambar yang telah dipilih supaya tidak terlampau dan melampau.  Heeeee.

Ok, mari kita memulakan cerita berdasarkan gambar-gambar.

Anak-anak sudah bersiap sedia untuk ke zoo.  Jam sebelas pagi kami keluar rumah.  Menuju ke kedai untuk breakfast sekali dengan lunch.

Seperti biasa, laki aku ke kedai mamak jealah.  Malam mamak, siang mamak.  Telan jealah, janji kenyang.

Teh o suam untuk aku laki bini dan carrot susu suam untuk adrianammar.  Aku order maggi goreng dan asben order mee goreng mamak.  Gambar non ado sebab sudah kelaparan.

Kami sudah sampai zoo.  Inilah binatang pertama yang menyambut kedatangan kami.  Cantik kan.  Harga tiket untuk masuk zoo RM10 bagi dewasa dan kanak-kanak RM4.  Total masuk zoo adalah RM24.

Bergambar bersama burung kakak tua itu.  Burung kakak tua, hinggap di jendela, nenek sudah tua giginya tinggal dua.  Aku nyanyi dengan nana.  Ammar tengok belakang sebab dia takut nak dekat.  Itu yang dia dok perhati.  Motif bawak payung?Mula-mula masa nak masuk renyai-renyai tapi sekejap jea.  Selain itu bolehlah dijadikan sebagai tongkat.  Heeeee

Adriana bergambar bersama kuda.  Adriana memang teringin nak naik kuda.

Antara binatang yang ada adalah badak dan kuda belang.  Korang kenal tak?

Kelawar.  Aku cukup takut kelawar nie berterbangan atas kepala.  Huihhhh sangat mengerikan.

Bergambar bersama burung di belakang itu.  Nampak tak?

Kemudian kami ke rumah kancil.

Kancil yang dilihat.  Nana kata macam kereta kancil ke?Hehehe..

Berjalan sampai sakit kaki.  Ammar pun gigih berjalan tanpa berdukung.

Tengok adriana.  Papa dia yang snap.  Nana kata kaki dia dah sakit.  Adik tak suruh dukung, dia pulak yang suruh aku dukung dia.  Dukunglah kejap.  Dahlah mak dia bawak beg galas, dukung dia lagi.  Mak dia kan macam badang.  Hehehe..

Adriana dan adik..  Adik nie kalau bergambar tak pernah berperasaan.

Akhirnya impian adriana untuk menaiki kuda tercapai.  Naik sorang-sorang pulak.  Maknya tak mau naik.  Takut!!!Aku membayangkan kalau kuda tue mengamuk bawak lari aku.  Hahaha..Imaginasi tinggi tue..

Kudaku gagah berlari...Heeee.  Tak berlari kuda nie berjalan-jalan jea.

Seronok dia dapat naik kuda.  Memang dari rumah dia kata nak naik kuda.

Kemudian ammar naik dengan papa.  Sepanjang atas kuda ammar menangis.  Tengok kakak naik dia nak ikut.  Bila bawak naik dia nangis.

Ammar nie memang tengok penakut sikit.  Ikut perangai sapa memang sudah sedia maklum.  Heeee.  tak payah bagitahulah kan.  Tapi ammar laki mama pompuan.  Heeee

Mama dan anak-anak.  Ada style kan bawak payung.  Asben yang ajar.

Papa dan anak-anak pulak serta zirafah.

Leka menengok lembu.

Ini harimau yea.  Kenal bukan?

Harimau comel!!!
Tengok apa pulak nie.  Angsa erk?Tetibe tak kenal.  Kahhhh

Bergambar selagi boleh. 

Rehat jap.  Kaki aku dah terasa sakit dah.  Nasib ada tongkat warna merah tue.

Cute binatang nie.

Ini kat area kura-kura.

Dia orang pulak duduk sebab kepenatan.  Aku lagi penat sebab beg galas yang berat itu.

Sedang aku jalan asben panggil aku.  Dia nak tunjuk binatang nie rupanya.  Asben siap kata dengan anak-anak aku "Mama jumpa sedara."  Rusa bawean ok.  Mentang-mentang aku orang bawean. 

Inilah rupanyan rusa bawean.  Sape orang bawean yang baca di blog ini?  Tak pernah sampai bawean nampak binatang nie pun jadilah.

Gajah!!!Akhirnya dapat aku bertemu dengan gajah.  Macam jakun tak pernah tengok gajah.

Ammar sedang tengok gajah.

Rehat sebentar bersama kit kat.  Aku mintak duduk lagi.  Tak larat.  Asben belikan ais krim.  Nampak budak kecik tue eksen nak makan sendiri sekarang nie.  Ais krim harga RM2.00.

Meneruskan perjalanan.  Nak cepat sampai jea kat luar.  Tengok tue bertapa pentingnya payung tue.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga di pintu keluar.  Budak dua orang pau monyet tue dengan papa dia orang.  Harga untuk monyet-monyet tue RM6.00 rasanya.  Maknya dapat fm jea berharga RM5.50.

Di luar zoo sebelum kami menuju ke parking.

Last sekali gambar adriana bersama orang utan. 

Lepas selesai di zoo melaka kami meneruskan perjalanan kami ke banda hilir.  Semalam adalah minggu berjalan-jalan di dalam negeri sendiri.  Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia.  Melaka bandar warisan dunia.  Aku akan ceritakan perjalanan seterusnya di banda hilir.  Next entry ya!!Till then..








                                                                                                                    

3 comments:

amieda said...

melaka maju negeriku sayang
negeri bandar teknologi hijau

Cho Zila said...

memang banyak gambar tapi suka tengok semuanya.. oo dapat gak dia naik kuda yerk bestnyer..
kesimpulannyer best gak zoo melakani rupanya...

momnsofea said...

Oklah harganya ek..ada anak kecik sesuailer...x thn nk walkaton..hihi