Sunday, February 19, 2017

Syurga Yang Tak Dirindukan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Siapa yang dah menontonnya?Aku tahu pasal cerita ini sebab ternampak ada kawan update di laman muka bukunya. Mulanya aku tak tahu pun kewujudan cerita ini. Ketinggalan sungguh aku ni. Bila kawan aku update di laman muka buku buatkan aku tertarik bila mana dia kongsikan sedikit jalan ceritanya. Jadi minggu lepas dalam hari sabtu aku pun menonton cerita ini secara online bila masa anak-anak sudah tidur.

Aku memang tak pernah layan cerita indon sangat. Malam tu aku pun cubalah mengikuti cerita ini. Ternyata cerita ini memberi kesan kemurungan kepada aku selepas menontonnya. Haha. Iye, ceritanya sedih bila mana dia melalui fasa poligami. Poligami yang berlaku adalah dalam keadaan yang tidak dijangka oleh lelaki itu iaitu suami Arini.

Beria aku menangis sorang diri. Melelehlah jugak air mata bila tiba scene Arini tahu suaminya berkahwin lain. Realitinya, kalau kita ditempat Arini sejauh mana kuatnya kita. Allah takkan menduga hambanya di luar kemampuan bukan. Kalau aku tak mampu rasanya. Mulalah kan tengok drama dengan diri sendiri berdrama sekali.

Cantik dua pelakon-pelakon perempuannya. Aku suka tengok wajah Arini yang lembut itu dengan penampilannya. Sinopsisnya cerita ini boleh dibaca di SINI. Boleh menonton cerita ini di myflm4u. Aku memang selalu tengok online di situ kalau tertinggal apa-apa drama kesukaan. Selalu layan di ipad sambil masak atau pun melipat baju. Begitulah perkongsian aku. Dan aku sudah pun menonton kesinambungan cerita ini iaitu Syurga Yang Tak Dirindu 2 di pawagam. Ceritanya baru sahaja keluar di pawagam khamis lepas. Pergilah pawagam kalau mahu tahu apa kesudahannya. Sedih sekali pengakhirannya. Itu saja dulu nanti bersambung lagi.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: