Tuesday, February 7, 2017

Adakalanya Berdiam Lebih Baik

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat petang semua. Hujan di luar sana seiring dengan sendunya hati ini. Alahai, entah kenapalah sejak dua menjak ini hati cepat sangat nak terasa. Faktor umur gamaknya. Kelmarin terasa pasal benda lain, hari ini terasa hal lain pula. Abaikan sajalah. Malas nak fikir.

Kadang, kita perlu berdiam daripada menceritakan apa yang sebenarnya melanda diri. Kalau aku nak bercerita apa yang mengganggu jiwa, aku akan cari tempat meluah yang sebetulnya. Mengadu dengan manusia kita akan mendapat ketenangan sekejap. Lebih baik mengadu pada Allah. 

Apa yang aku belajar, aku sudah berjaya simpan sendiri dan selesaikan sendiri apa yang kadang mendatangkan masalah pada diri. Tidak lagi meluah pada sesiapa dan jika perlu barulah aku beritahu. Itu pun tidak semua. Kadang, manusia boleh mendengar tapi akan datang cerita itu dijadikan bahan pula. Aku tak suka bercerita dengan orang macam tu.

Bukan senang nak cari tempat meluah yang sebaik dan sebetulnya. Kadang ada yang tak ikhlas pun nak bantu kita. Alhamdulillah, aku ada seorang kawan. Masa tu aku baru cerita yang aku kesusahan hal kewangan. Adalah ceritanya masa itu bukan kata nak pinjam  duit tapi dia boleh mesej aku malamnya mahu membantu. Ada masa kita susah kan. Bukan sentiasanya kita senang.

Apa yang pernah terjadi pada aku dulu banyak mengajar aku. Menjadikan aku kuat dan matang. Kadangkala menyedarkan aku yang aku juga tidak sempurna. Bukan tahu menuding jari atau cepat bersangka buruk pada orang lain. 

Manusia ini macam-macam gayanya. Sama juga dengan aku. Kadang ok dan kadang tak ok. Itu aku lebih suka memilih untuk berdiam. Kadang terlebih cakap pun orang tak suka, terlebih diam pun salah juga. Tapi lebih baik diam daripada kata-kata kau tidak dihargai. Macam kau tak ada. Jalan yang ada lebih baik berdiam sahaja.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

LYAfrina said...

betul tu fyda..bukan sng nk cari tmpt utk kt luahkan.. adakalanya masalah y dtg dlm khidupan juga merupakan pgajaran utk kt.. dr masalah itu kita cuba untuk selesaikan n secara x langsung kt belajar sesuatu dr nya.. cuma kt kna bijak nk handle msalah tu.. dan berfikir sebaiknya..