Tuesday, February 21, 2017

Resepi Fettucini Carbonara

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi. Pagi ini aku nak kongsikan resepi Fettucini Carbonara yang malam tadi aku masak. Lagi pun dah lama aku tidak kongsikan resepi di blog ini. Malam tadi teringin benar nak makan carbonara. Sebahagian bahan-bahannya ada di rumah. Semalam aku ke kedai cuma beli sos carbonara, susu full cream dan udang. Bahan lain semuanya ada di rumah.

Maklumlah, semalam puasa. Tekak pun mengada nak makan sesuatu. Lagi pun carbonara antara menu kesukaan anak dara aku. Dia tekak mat salleh. Tak makan pedas. Kalau masak pedas-pedas, jangan haraplah dia pandang. Makan lagilah jauh sekali. Boleh buat gaduh. Hehe.

Baiklah, jangan panjang sangat mukadimah. Mari aku kongsikan resepi yang aku google dan semestinya aku cari resepi yang ringkas dan mudah. Semua nak cepat. 

Atas ini antara bahan-bahannya.

Bahan-bahannya :-

Fettucini (rebus ikut berapa banyak yang hendak dimakannya) - Rebus dengan sedikit minyak untuk elakkan dari melekat.
1 tin sos prego carbonara
Sedikit udang
Sosej dipotong nipis (ikut banyak mana kuahnya)
Cendawan butang dipotong
Bawang putih dicincang
Bawang Merah dicincang
1/2 cawan susu full cream
Serbuk Blackpepper
Sedikit garam
Sedikit Air

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

Kemudian masukkan udang. Tunggu hingga udang masak barulah masukkan sosej.

Kemudian tuangkan sos carbonara ke dalam kuali dan diikuti 1/2 cawam susu full cream. Kacau rata dan tuangkan sedikit air. Masukkan sedikit air.

Kemudian masukkan cendawan butang yang sudah dipotong. Kacau rata. Letakkan sedikit air agar tidak terlalu pekat mahu pun terlalu cair. Taburkan sedikit blackpepper. Boleh letakkan sedikit cheese. Aku tak letak sebab nanti muak.

Siap. Sedia untuk dihidangkan dan bersedia untuk makan. Begitulah ringkasnya resipi ini. Mudah dan cepat untuk siapkan menu ini. Anak-anak aku bertambah. Adriana siap hirup kuahnya. Gembira rasa hati bila tengok anak-anak makan kan.

Buat para ibu, bolehlah mencubanya. Siapa yang tidak ada idea nak masak apa hari ini, bolehlah mencubanya. Selamat mencuba dan selamat bersilat di dapur. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



No comments: