Wednesday, February 1, 2017

Februari Membuka Tirai

Assalamualaikum.

Hai.

Selamat pagi semua. Semoga semua ceria-ceria sahaja sempena bulan baru ini. Sudah masuk bulan kedua kita di tahun baru. Sekejap saja masa berlalu tanpa menunggu kita. Jadi apa yang diimpikan jangan dilengahkan mahu pun ditangguhkan. Kejarlah agar ia tidak terlepas. Jangan jadikan impian itu sekadar sebuah angan-angan.

Apa yang menariknya dalam bulan Februari?

Tentulah bulan kelahiran anakanda kedua aku. Ulangtahun keenam untuknya. Sekejap saja sudah enam tahun. Ramai orang yang sudah bertanya.

"Bila nak tambah ahli baru?"

"Eh, Ammar dah besar. Dah boleh tambah."

Ingatkan bila sudah ada dua anak, tidak lagi kedengaran soalan-soalan begitu. Rupanya masih lagi menjadi halwa telinga. Paling kurang pun aku senyuma saja. Jawab panjang-panjang bukan orang faham pun. Takkan aku nak tulis kronologi aku tak nak mengandung ke? Atau pun aku belum lagi diberi rezeki. Ahhhhh. Malaslah.

Lalui hari-hari mendatang dengan rasa tenang tanpa dibebani dengan keadaan sekeliling walaupun adakalanya menyesakkan dada. Abaikan. Sampai bila mahu hidup dengan kata-kata orang bukan? Carilah kebahagiaan sendiri untuk diri sendiri. Satu saja pesannya, mahu bahagia jangan kacau orang lain untuk cari bahagia itu. Faham? Itulah saja mahu dibebelkan pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: