Friday, February 17, 2017

Meluang Masa Berdua

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa.

Bismillah.

Hai semua.

Selamat pagi dan salam jumaat. Semoga jumaat ini memberi keberkatan pada kita semua. Cakap baik-baik, fikir baik-baik juga ya. Pagi ini aku melalui fasa ketenangan di mana aku tidak perlu terkejar-kejar untuk ke pejabat. Bangun seawal pagi seperti biasa. Siapkan bekal makanan anak-anak, siapkan baju mereka dan siapkan mereka. Aku tidak perlu bersiap. Santai habis. Hari ini aku ambil cuti sebab mahu meluangkan masa bersama sang suami.

Biasalah, bila suami kerja di Johor waktu kami memang terbatas. Kalau sebetulnya waktu untuk kami menghabiskan masa berempat hanyalah sabtu. Jadi hari ini aku memang nak cuti. Nak rehat satu hal, kemudian ada urusan yang perlu aku selesaikan sementara suami ada.

Tadi, usai anak-anak ke sekolah bolehlah aku melunjur kaki. Melakukan aktiviti sendiri. Setiap jumaat memang giliran suami hantar anak-anak ke sekolah. Selalunya kalau aku kerja, lepas sahaja anak-anak keluar rumah, aku terus sahaja bersiap untuk ke kerja. Hari ini tidak perlu semua itu.

Pagi ini aku siapkan sedikit tugasan di depan komputer. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mana yang editor Zalora sudah dua kali menghantar emel bertanyakan pasal artikel yang baru. Mana yang tugasan lain perlu dikejarkan untuk siap sebelum bulan April ini. Adoi. Mampukah aku. Kemudian bulan Mac ini ada event yang perlu aku handle. Tempahan candy booth pada 18 Mac 2017.

 Apa lagi?

Oh ya, bulan Mac perlu bertungkus-lumus sebab Adriana mula peperiksaan. Banyak aktiviti untuk aku mahu pun untuk anak-anak. Rutin yang sama perlu diselang-selikan dengan aktiviti luar biasa agar tidak kebosanan melalui hari-hari mendatang. Kita yang mengatur hidup ini. Perlu ceriakan hari-hari kita. Kalau diri sendiri tak ceria nanti asyik dihantui stres dan kemurungan.

Sebenarnya, hari ini cuti aku bercadang mahu ajak suami tonton wayang. Cerita Syurga Yang Tak Dirindu sudah keluar semalam. Aku bercadang nak tengoknya tapi suami aku kalau cerita melayu memang payahlah hai. Jadi aku perlu bijak memujuk. Haha. Mahu release tension. Sudahlah beberapa hari lepas dia yang tak pernah mengeluh stress, tiba-tiba telefon kata stres dan rasa mahu menangis. Tiba-tiba kan. Susah hati betul bila mendengarnya. Jadi hari ini kami mahu pergi menonton wayang, chit chat di mana-mana restoran sementara anak-anak bersekolah.

Itu sahaja titipan pagi ini. Nanti bersambung lagi di lain entri. Mahu siapkan tugasan lain pula sementara kerajinan ini sedang bermaharajalela dalam diri. Kejap lagi sudah mahu keluar berdating. Kemudian nak kejar solat jumaat pula. Ini anaka-anak aku tak tahu yang aku cuti. Kalau budak berdua tu tahu memang masak. Hehehe.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: