Monday, February 20, 2017

Misi Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Baru dapat memanjat ke atas katil. Kaki bukan main kejung ada kawasan betis. Ini penangan buat cheesetart semalam. Buatnya 130 biji aje tapi kepenatannya macam buat 1300 biji.

Memang tabik pada baker yang ambil tempahan. Aku buat untuk rumah pun dah rasa nak melingkup. Kalau buat untuk orang jangan aku tertangkup masuk dalam oven.

Hari ini dapatlah aku buat macam-macam aktiviti. Sebelah pagi menulis kejap, kemudian masak, basuh baju, mengemas dapur dan macam-macam lagi.

Masak pun hari ini ringkas-ringkas sahaja. Awal pagi sudah layan spageti goreng.

Sebelah malam, adik-adik aku databg dan aku masak bihun goreng singapore. Untuk misi yang lain kiranya aku berjaya laksanakan.

Misi untuk melipat kain baju hari ini, gagal. Nampaknya akan melimpah ruahlah kain baju dalam bakul itu nanti. Mohon jangan sakit mata tengok baju yang melimpah itu nanti.

Jadi minggu ini kita pakai baju yang dalam bakul. Baju dalam almari jangan diusik. Salah satu nak susutkan kain baju dalam bakul. Ngeee

Jadinya, minggu ini aku akan ke kerja dengan ulang pakai baju kurung minggu lepas. Ko mampu? Ngeee.

Itu sahajalah titipan malam sebelum beradu. Semoga berjumpa esok dan dipermudahkan segala urusan kita. Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim


No comments: