Monday, February 20, 2017

Bila Hari Bekerja

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai semua.

Baru dapat melunjur kaki dan bergolek-golek. Alangkah nikmatnya bila dapat berbaring dan menegangkan urat sendi. Kepenatan seharian melakukan bermacam-macam kerja dari sebelum subuh hingga tengahmalam memang meletihkan. 

Tapi bila kita buat sesuatu dengan ikhlas pasti semuanya hilang begitu saja. Walaupun terdetik dalam hati merungut kepenatan dan keletihan.

Hari ini aku puasa. Balik jam lima terus memandu ke kedai berhampiran dengan rumah. Mahu beli bahan untuk masak. Tekak teringin mahu makan fettucini carbonara. Usai membeli, terus pulang ke rumah. Solat dan siapkan diri. Aku keluarkan bahan masak dari dalam peti ais. Balik nanti senang nak masak. 

Kemudian bergegas pula ke sekolah untuk menjemput si kakak. Lepas jemput dak kakak, jenput dak adik pula di rumah mak. Kemudian terus pulang ke rumah.

Sampai rumah, tepat tujuh malam. Aku alas perut dulu dengan roti bersama telur mata dan secawan coffee.

Usai selesai solat isyak, barulah aku mula maaak. Bahan-bahan semua dah siap potong lepas berbuka. Jadi campakkan saja bahan-bahan dalam kuali. Kemudian ajak anak-anak makan. Lepas makan kemas dapur dan tengok anak-anak buat homework dan ulangkaji. Selesai kerja sekolah, aku sambung kerja menggosok baju.

Kenudian barulah ajak anak-anak masuk tidur. Tepat jam 10.30 habis melakukan semua kerja. Begitulah serba-sedikit rutin hari bekerja. Penatnya jangan dicakap. Kita semua dalam dewan peperiksaan, semoga apa yang kita lakukan akan mendapat keberkatannya nanti. Amin.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: