Pages

Thursday, February 2, 2017

Ada Masanya Blur

Assalamualaikum dan Hai.

Selamat pagi semua. Pagi ini hujan turun membasahi bumi Melaka. Anak-anak sudah mula bersekolah hari ini. Kembalilah ke rutin asal. Cumanya bulan ini aku cuba adjust masa agar aku pun sempat sampai ke tempat kerja tepat jam 8.00 pagi.

Berbalik kepada tajuk di atas. Ada masa-masa yang kita mungkin blur. Akulah tu. Bila datang blur tu memang entah apa-apa. Kelmarin, aku ke BSN. Ada sedikit urusan di bank itu. 

Pertama kali sebenarnya mahu berurusan sendiri. Sebaik melangkah masuk ke dalam bank, aku perhatikan sekeliling. Mata loliah-loliah mencari kelibat pengawal keselamatan. Niat di hati mahu bertanya. Namun tidak kelihatan. Sudahlah bank dipenuhi orang. Aku tiba-tiba blur. 

Kemudian aku melangkah keluar dan membuat panggilan.

"Telefon balik. Sekarang." Ujarku sebaik sahaja panggilan dijawab. Terus talian dimatikan. Itu sebenarnya konsep jimat kredit. Hehe.

Beberapa saat kemudian, telefonku berbunyi. Nama suami tertera di skrin.

"Kenapa?" Suaranya cemas.

"Saya dekat bank ni. Nak tanya kena isi borang dulu ke tak?" 

"Lain kali jangan buat suara cemas boleh tak? Ingatkan kenapalah tadi."

Lor, cemas ke suara aku tadi. Setelah berbual beberapa minit yang tidak menampakkan jalan, talian dimatikan. Aku masuk balik dalam bank. Ambil nombor giliran dan duduk.

Ada sebelas orang lagi dalam giliran untuk sampai giliran aku. Bila nampak satu kaunter kosong, aku bangkit dan menuju ke kaunter untuk bertanya. Kemudian aku diberi borang untuk diisi. 

Bila siap diisi borang itu, aku duduk kembali. Mata tertancap pada seorang lelaki beruniform yang berada dalam kaunter. Dia sedang fotostat sesuatu. Terdetik pula dalam hati. 

'Dia ni pengawal ke atau office boy?'

Aku bertambah blur.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: