Sunday, September 22, 2013

~Aktiviti Sabtu~

Assalamualaikum semua...

Selamat berhujung minggu.  Semalam sibuk update kat twitter.  Bunyinya macam ini.  Memikirkan agenda untuk hari ini, esok dan tulat.  Hah!Gitu bunyinya yang tak berapa nak bunyi.  Okay, untuk menghilangkan rasa boring dalam diri anak-anak aku, aku gagahkan juga diri mengatur agenda untuk mereka.  Walaupun tak berapa agenda pun sebenarnya.  Setakat ke tesco teman mama beli susu dan pampers.  Ahaks..

Itu jelah kut.  At least dia orang tak boring dok teringat kat papa yang nun jauh di sana.  Semalam dalam pukul 12 tengahari ye bukan tengahmalam.  Aku dah keluar ke Tesco.  Adik ipar aku ikut sekali.  Motif utama ke Tesco nak beli pampers dan susu.

Jom tengok gambar.  Buat tatapan papa yang jauh nun di sana.

Ammar duduk diam-diam dalam troli.  Dia tunjuk je nak apa.  Mentang-mentang beli dengan mama, cuba papa.  hehehe

Inilah hasil rembatan semalam.

Dah settle membeli ammar dah tunjuk nak main ni.

Motif utama juga keluar semalam sebab yang ini pun ye.  Nak carikan adriana kasut.  Hari ini dia ada pertunjukan tarian so bolehlah digunakan.  Nanti boleh pakai ke Sabah pulak.

Dah settle siap-siap berkemas nak balik rumah.  Singgah dulu rumah sedara yang buat besday anak dia.

Balik rumah.  Sebelah petangnya, dia orang mandi kolam.  Nayli pun ada.  Adik ipar aku yang rajin melayan.  Aku bab-bab ni memang kurang.  Itulah sahaja aktiviti semalam buat aku dan anak-anak.  Mari tempoh hari ini pula.  Petang nanti nak bawak adriana ke sekolahnya sebab ada karnival dan adriana terlibat juga.

Ok, sekian dulu sehingga kita berjumpa lagi.






                                                                                                                      

2 comments:

.:fyzz:. said...

comeynya kasut Adriana..sufiya pun ada persembahan..dia masuk lakonan n koir..ke nasyid..skrng dok sibuk berlatih..

skang nih kan.trend..bezday pun buat khemah bagai kan..

adianiez AIDA said...

aida da sgt lama tak jengah tesco. more to family store & mydin aje. kalau ke sana, gi singgah jusco bandaraya, jiran tesco :-)