Wednesday, September 4, 2013

~Tetamu-tetamu Syawal~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Pagi tadi hujan lebat. Aku kena menghantar adriana ke sekolah terlebih dahulu sebelum ke office.  Memang sah-sah sampai office lambat dan punch card pun merah.  Hujan lebat yang amat o drive pun menjadi slow yang amat.

Oklah, memandang syawal masih lagi tinggal beberapa hari lagi aku nak cerita tetamu- tetamu yang sudi datang ke rumah.  Tahun ni rayaku tak berapa meriah memangkan seminggu lepas raya suami sudah berangkat terbang ke seberang.  

Jomlah tengok antara gambar yang sempat aku abadikan untuk tahun ni.

Ini tetamu chinese.  Namanya diana.  Dia adalah junior sekolah saya masa di convent dan juga ex officemate saya.

Ini adalah officemate saya.  Suami isteri keje bawah jabatan yang sama tapi berlainan office.  Suaminya adalah pegawai di office aku.

Ini officemate saya jugak dipanggil kak ela.

Ini adalah kawan blogger saya dan dia juga rakan sekerja pada suami saya.  Betapa kecilnya dunia ini. Secara tak langsung menjadi kawan pada kami!siapa kenal pada bligger ini?namanya aida hanafiah.

Itu sahaja cerita untuk pagi yang agak sejuk dek kerana hujan yang lebat.  Bersambung lagi.


2 comments:

Kakzakie said...

Kira tetamu inilah yg tolong habiskan biskut raya Fida ye:)

.:fyzz:. said...

ooo ok kenai kak aida...blogger ..yg saya follow jugak..