Wednesday, September 11, 2013

~Al-Fatihah...Pulangnya Nenek Ke Rahmatullah~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.  Selamat hari rabu.  Semalam tanpa entry sebab ketiadaan mood untuk menulis.  Ahad lepas bersamaan 8 September 2013 ( 2 Zulkaedah 1434H) nenek aku sebelah ayah telah pulang ke rahmatullah.  Dikhabarkan nenek aku meninggal jam 8.30 pagi di rumah pakcik di Tengkera.

Aku yang ketika itu berada di rumah aku, baru lepas bersarapan bersama anak-anak serta mak aku menerima panggilan daripada ayah aku.  Aku telefon suami di Sabah untuk memaklumkan pada dia.  Dia seperti mahu pulang tapi aku kata tak perlu.  Sebelum dia ke Sabah dah jumpa dengan nenek.  Bukan apa, tak nak merumitkan lagi.  Tak tahu nak ungkapkan.

Sampai rumah pakcik, tunggulah apa yang patut.  Tunggu bilal datang dan yang paling utama menunggu anak-anak nenek dari JB dan Singapore sampai.  Alhamdulillah semua kesampaian untuk melihat jenazah nenek.  Nenek dikebumikan selepas asar.

Ini sewaktu aku di rumah nenek.  Selepas membaca yassin.  Gambar diambil untuk dihantar ke suami sebab di sana seringkali menanyakan khabar di sini waktu ini.

Membaca tahlil sementara menunggu jenazah dikapankan.  Aku berpeluang untuk memandikan jenazah arwah nenek bersama kakak sepupu aku Kak Wati.  Itulah pertama kalinya untuk diri aku.

Jenazah mahu di bawa ke surau untuk disembahyangkan.  Aku dapat cium arwah nenek.

Aku dan anak-anak di tanah perkuburan.  Menanti di tepi sementara jenazah dikebumikan.

Alhamdulillah.  Selesai semuanya.  Sesungguhnya dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.  Al-Fatihah buat arwah nenek.  Semoga roh arwah nenek di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.








                                                                                                        

3 comments:

nabila zaremi said...

Al-Fatihah....

Kakzakie said...

Innalillahi Wainna Ilaihirojiuun..
Moga roh nenek dicucuri rahmat Allah.

.:fyzz:. said...

alfatihah..