Monday, September 9, 2013

~Cerita Suami Dari Kejauhan~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari isnin.  Selamat semuanya.  Semoga pagi isnin dimulakan dengan sesuatu yang baik.  Pasti itu semua impian setiap orang, mahu yang baik-baik sahaja.  Hari ini sudah menjengah minggu ketiga daripada dua belas minggu.  Lagi sembilan minggu bakinya mahu sampai ke bulan november.

Sepanjang tiga minggu ketiadaan suami yang kini berada di Sabah, aku dan suami tidak putus-putus berhubung.  Tidak kiralah samada tel, sms, whatsapp, kakaotalk, skype semua aku gunakan.  Masing-masing update aktiviti.  Dia dengan ceritanya di sana, aku dengan ceritaku di sini bersama anak-anak.  Selalu paling lama kalau ditinggalkan kerja paling lama dalam lima hari dan ini adalah yang paling lama.  Kalau dihitung dan dicampur dalam lapan puluh dua hari.  Kalau tak silap akulah.  Okey, malas nak tengok kalendar.  Macam manalah perasaan isteri askar-askar ek?Macam yang aku rasa sekarang ke?Ermmm, tak tahulah.

Ok, berbalik kepada cerita dan tajuk di atas sebelum ak meleret dengan lebih panjang lagi.  Ini adalah gambar yang suamiku hantar melalui whatsapp.  Aktivitinya di sana.  Berkawad, panjat gunung dan macam-macamlah.  Ini antaranya yang aku share serba sedikit.  Untuk rujukan aku juga.

Ini semasa latihan kawad.  Suamiku bercerita aku cerita semula.  Nak cerita lebih-lebih aku bukan ada di tempat kejadian.

Ini tak tahulah mana dia orang nak pergi.

Inilah peserta kursusnya.

Time suami hantar gambar ni rasanya dia cakap ada jamuan raya.  Mungkin.

Dan jumaat lepas ada upacara tamat latihan kawad.  Suami dapat top 4 untuk kawadnya.  Tahniah buat laki den.  Eh tetiba laki pula.  Dari atas dok sebut suami akhir kata tukar laki.  Hehe...Oh iye, aktiviti laki den minggu ni katanya ada camping di Kota Belud.  Semoga baik-baik untuknya dan sentiasa dilindungi untuk dirinya.  Tak sabar nak tunggu bulan november ini.  Bersabarlah wahai hati...:D








                                                                                                                   

3 comments:

.:fyzz:. said...

takpa..tugas..fyzz pernah lalui duduk asing dengan suami hamper 4-5 tahun rasanya..sob2..akhirnya kini kami kembali bersatu..semua sbb tugas..

Kakzakie Purvit said...

Aduh... lama lagi nak balik Fida. Rindu-rinduanlah ye sekarang.

Moga semuanya oklah.. utk kebaikan juga kan. Kena sabarlah sikit.

Jue @ atanayuiman said...

kalaulah........ suami jue pun kena macam nie. xtau la camno agaknya kan... hukhuk!!