Pages

Friday, September 27, 2013

~Kisah Semalam Seharian~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Selamat hari jumaat.  Penghulu segala hari.  Baru boleh menaip.  Seawal jam 8 pagi mahu mulakan tugas dan mahulah menaip sedikit di sini tetapi tiba-tiba fikiran kosong.  Tiba-tiba tidak tahu ayat apa yang mahu dimulakan.  Kosong sekosongnya.  Mungkin sebab pagi ini dengan macam-macam benda yang berlaku.  Mana yang kawan makan sampai tertumpah-tumpah, mana yang ternampak kejadian memalukan orang, yang terdengar orang memaki hamun.  Ohhh terasa sangat tidak bagus untuk permulaan hari jumaat yang indah ini.

Harap ia tidak berlarutan untuk sehari ini.  Cukuplah sekadar tadi.  Tidak mahu ternampak atau terdengar lagi.  Okey nak cerita kisah aku semalam.  Ini satu entry untuk satu hari.  Compiled entry namanya.  Hehehe...

Pagi semalam berubah angin lagi untuk kita orang bersarapan.  Semalam sarapan di dusun.  Setelah lama tidak menjejakkan kaki ke situ.  Masih lagi mood makan bersama sebab Kak Rehan yang akan bersara.

Semalam menu kami semua sama.

Inilah menu kami semalam.  Nasi lemak ayam yang dibelanja Kak Mimah.

Tengharinya pula aku ke pejabat pos sebab nak renew lesen asben.  Non ado gambar.  Settle di pejabat pos aku ke Mydin dengan Mira.  Lunch terus di situ dan kita orang makan nasi putih bersama asam pedas tetel.  Lepas makan nasi aku teringin nak makan aiskrim.  Belilah aiskrim tiga hengget ni.  Jadilah dapat lepaskan hajat tekak aku ni.  Mira kata semalam aku nampak begitu pelahap.  Hahaha...

Sampai office, ada pula officemate belanja KFC.  Dapatlah sorang seketul ayam.  Alhamdulillah.  Dah orang belanja, terimalah.  Masa tu perut kenyang lagi tapi dapat jugak dihabiskan sebelum balik.

Balik kerja bawak kids dengan mom pegi aeon.  Sebab semalam gaji bawaklah dia orang jenjalan makan angin.  Mak aku nak beli buah ceri tapi non ado.  Ammar yang kutolak di dalam troli.

Lepas membeli-belah, kami singgah makan kat food court.  Ammar makan wantan mee kering.  Selesai semua di sini kami terus balik ke rumah.  Itulah kisah aku semalam seharian.  Penat memang tak boleh diluahkan lagi.  Dah lama tak mengirakan, hari ini jumaat bermakna lagi 41 hari lagi mahu sampai ke hari yang ditunggu-tunggu.  Sabarlah wahai hati...







                                                                                                       

No comments: