Monday, September 23, 2013

~Jodoh Itu Milik Kita Karya Sara Aisha~

Assalamualaikum...

Drama Jodoh Itu Milik Kita aku tengok sampai episod 12 je.  Ini dah lama tak tengok sebab aku jarang kat rumah.  So memang tak hadap televisyen.  Sesekali tengoklah kat internet.  Itu je yang mampu aku follow.  Sebab pelakon feveret aku ada.  Not Farid Kamil ok.  Aku suka Tiz Zaqyah sejak Nur Kasih.  Hehehe...

Tapi bila dalam drama JIMK ni, Farid Kamil okaylah.  Not bad.  Pandai je aku nak komen ala-ala juri pulak.  Aku telahpun menghabiskan baca novel ini minggu lepas.  Jalan cerita yang menarik.  Yang penting mestilah happy ending!Perangai yang menjengkelkan aku dalam novel ni dah tentu-tentu si Shafiq lakonan siapa tu.  Shazwan ek?Aku tak berapa kenal.

Sinopsis:
Cerita ni sebenarnya kisah Dahlia yang ditinggalkan tunangnya Shafiq pada hari perkahwinannya.  Kemudian Dahlia dikahwinkan dengan Aariz iaitu abang kepada Shafiq bagi menjaga maruah keluarga.  Akhirnya mereka disatukan.  Mereka cuba melayari perkahwinan itu sebaik mungkin sehinggalah kepulangan Shafiq ke Malaysia dengan satu tujuan mahu memporak perandakan rumahtangga Aariz dan Dahlia.  Shafiq mahu membongkar rahsia tentang abangnya itu.  Rahsia di sebalik siapa Aariz sebenarnya pada keluarganya kerana Aariz adalah anak angkat.  Ikutilah kisah seterusnya.  Kalau aku cerita tak best pulak kan.

Oklah, sesiapa yang berminat bolehlah dapatkan di kedai buku atau kalau malas mahu ke kedai bolehlah beli secara online.  Nanti abang posmen hantar sampai depan pintu rumah.

Sekian...






                                                                                                                    

1 comment:

nabila zaremi said...

Dulu saya memang kaki novel..sejak dah beranak nie..novel pon ntah kemana hala..hehehe