Friday, July 12, 2013

~Resepi : Sosej Gulung~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Korang keluar ke mana rehat ni?Aku tak ke mana-mana pun.  Dok bertapa kat office ni.  Letihlah nak keluar jenjalan.  Lagipun poket pun tengah menipis.  So baiklah duduk sahaja di office sambil memikirkan menu untuk berbuka hari ini.

Godek-godek dalam pendrive, jumpa gambar ni.  Setelah sekian lama barulah update kat blog ni.  Dah lama aku buat dan akan buat lagi dalam masa terdekat.  InshaAllah.  Marilah aku nak sharekan resepi.  Mana tahu korang boleh try jugak.  Aku dapat dari blog mat gebu.

Bahan-bahannya adalah :

Beberapa keping roti

Kuning telur

2 putih telur, dipukul sedikit

Beberapa batang sosej

Akhir sekali serbuk roti

CARA MEMBUATNYA :

1. Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2. Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.  Boleh rujuk di SINI.

Inilah rupanya setelah digulung dan menunggu untuk digoreng

Tadaaa..Inilah rupanya setelah digoreng dan sudah dibelah dua.  Itulah sahaja resepi yang mahu dikongsikan hari ini.  Selamat mencuba ye!!











                                                                                                       

2 comments:

nur-afiz said...

patut kak nisah buat tahun sudah tak menjadi... salah baca resepi.... main hafal saja... hihihihihihi

lovely said...

nampak sedap..
boleh cuba nnt. tq.