Tuesday, July 23, 2013

~Dari Dapurku Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...Kita sudah berada di hari yang keempatbelas dalam bulan Ramadhan.   Tengahari ni aku nak bercerita sedikit mengenai 11 Ramadhan yang lalu iaitu hari sabtu lepas.  Memandangkan waktu cuti memang giliran aku memasak dan menjengah muka ke dapur setelah lima hari mencari lauk di bazzar dan adakala mencari lauk di rumah mak.  Itulah rutin harian sepanjang lima hari bekerja.

So, inilah hasil masakan saya yang tidak seberapa sabtu lepas.  Bukan tujuan mahu menunjuk atau membuat anda terliur tetapi sekadar berkongsi dan menjadi tatapan buat diri sendiri.  Itu sahaja.  Mari kita tengok.


Lauk pauk yang sudah terhidang.

Aku masak sup ayam untuk anak-anak.

Asam pedas daging

Kacang botor goreng cili

Saya punya tester yang tak makan pedas.  Sup ayam memang dibuat untuknya.  Ammar hentam je tapi tak amalkan dia makan pedas-pedas sangat.  Kecik lagikan.

Terajin pulak nak buat puding roti.  Sedap gak..  First time aku buat puding roti ni.  Alhamdulillah, habis.

Kalau habis makna sedap kut.  hihihi..Sekian sahaja entri tengahari ini.  Nanti aku kongsikan resepi puding roti.







                                                                                                       

2 comments:

.:fyzz:. said...

sangt sedap..sangt suka...

adianiez AIDA said...

best la umah mak dekat.
bleh cilok lauk... sedih!!! mak jauh...