Monday, June 3, 2013

~Majlis Penyampaian Hadiah Ebook Competition 2013~

Assalamualaikum...

Selamat hari isnin.  Hari ini mood masih lemau lagi sebab semalam adriana demam.  Aku kerja juga sebab asben aku jaga.  Kalau sudah tak dapat dikawal barulah aku balik.  Harap-harap cepatlah nana sembuh.  Antara nana dan ammar kalau demam, aku lebih risaukan adriana sebab dia ni susah makan ubat.  Bila dah demam memang lembik habis.  Itu yang merisaukan aku.

Okeylah, nak cerita kisah aku ke KL khamis lepas untuk menghadiri jemputan majlis penyampaian hadiah bagi ebook competition 2013 yang aku telah menang.  Alhamdulillah walaupun sekadar menang di tempat kelima.  Sekurang-kurangnya terubat sedikit walaupun tiada langsung.  Semoga kemenangan ini akan memberikan semangat pada aku.

Majlis bermula jam 2.30 petang.  Lepas makan tengahari, sambungan dari entri INI kami terus bergegas ke tempat yang berkenaan.  Berposak juga nak sampai ke tempat yang mahu dituju.  Padahal dalam KLCC je.  Tapi memang berposak.  Macam-macam gaya masing-masing nak sampai ke destinasi.

Hah!!!Inilah destinasinya.  Susah lor mau cari.

Lepas dah daftar kat kaunter, masing-masing dapat pass untuk visitor.  Naik ke tingkat 8.

Sampai juga di sini.  Ini di dalam press conference room.  Menulis apa itu?Adalah..

Tengok tu.  Tekun tak?

Pose dulu sambil menulis.  Nak fikir jawapan pun satu hal.  Tetiba blur nak tulis apa.

Banner winners of 2013.

Kami bertiga tidak ketinggalan untuk bergambar.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Miss Emily.

Kemudian Mr Kugan pula memberi ucapan beliau.  Beliau adalah Ketua Bahagian Produk, Peranti, Inovasi dan Roaming MAXIS.

Hadiah disampaikan dan dimulakan dengan pemenang utama Lila Vee.

Pemenang kedua ini adalah M Faridzuan.  Diwakili oleh 'mummy'nya kerana faridzuan berada di kolej.

Pemenang ketiga adalah Noor Adlina.

Pemenang keempat adalah kawanku sendiri Mira Mokhtar.

Dan pemenang kelima adalah aku sendiri.

Bergambar untuk pemenang sahaja.

Kemudian bergambar bersama Mr Kugan.

Bergambar beramai-ramai.

Bergambar sendirian bersama mini ipad.

Bergambar bersama bff.

Surat penerimaan hadiah dan juga redeem kad dari ensentral.

Gambar terakhir dengan my only SIL.  Terbaikk!!Selesai majlis ringkas untuk kami, kami pun meneruskan perjalanan.  Bergambar kejap di luar KLCC, then balik.  Nanti gambar kami di KLCC akan menyusul nanti.

Sekian dulu.







                                                                                                                      

2 comments:

Siti said...

tahniah fida..bertuah sungguh

adianiez AIDA said...

tahniah!!!