Monday, June 24, 2013

~Isnin Dan Sekolah Ditutup~

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin.  Diharap semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.  Oleh kerana semalam jerebu masih menyelubungi kita, hari ini kebanyakkan sekolah-sekolah bagi negeri-negeri yang terlibat dengan jerebu telah ditutup.

Semalam duduk dalam rumah pun masih berbau asap.  Dalam rumah pun rasa jerebu.  Aduh sangat-sangat tidak selesa.  Tapi tidak perlu banyak mengeluh dan menyalah pihak lain.  Cuma kita perlu banyak berdoa supaya ia cepat berakhir.

Sekolah ditutup tapi jabatan-jabatan tidak ditutup ye.  Hari ini masih ke office seperti biasa.  Adriana ikut aku ke office hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Haraf bos faham masalah saya hari ini.  Kalau bos tak nak faham pun buat-buatlah fahamlah ye bos.

Sekian terima kasih!!!







                                                                                                                   

1 comment:

Unknown said...

hahahahaha...bos fahamnyer....