Monday, June 24, 2013

~Bila Tayar Pancit~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Keadaan dil luar masih lagi berjerebu.  Semoga cepatlah ia berakhir.  Entri petang ni aku nak bercerita mengenai tayar kereta aku yang pancit minggu lepas.  Korang pernah mengalami situasi seperti ini?Aku baru pertama kali sejak setahun memandu.  Nervous bukan main bila diberitahu tayar kereta pancit.

Bila tayar pancit apa perlu kita buat?Aku tak buat apa-apa pun.  Officemate aku yang beritahu pada aku tentang tayar kereta aku.  Setelah diberitahu aku pun turun ke bawah untuk melihat sendiri.  Oleh kerana tiada sesiapa yang mahu menawarkan diri untuk membantuku, aku call laki akuler.  Nasib laki aku kerja pagi.  Bersyukur sangat-sangat di situ.  Balik kerja pukul 3.00 petang laki aku datang untuk menghantar bantuan.

Inilah rupa tayarku yang sudah pancit.

Inilah benda yang memancitkan tayarku.

Ini dia pomen keretaku.  Hihihi..

Selepas tukar tayar spare, kami ke kedai tayar pula.  Alhamdulillah, settle semuanya.

Inilah skru yang memancitkan tayarku.  Betapa panjangnya.  Entah mana aku langgar benda alah ni aku sendiri tak tahu.  Apa-apa pun semuanya sudah selesai.

Sekian entri aku petang ini.






                                                                                                                      

1 comment:

Paul Raj said...

Hie. Untuk sesiapa yang masih mengunakan kaedah lama semasa menukar tayar kereta yang pancit boleh la view link ini.

www.powerpremiumsolution.com

Kaedah baru untuk menukar tayar kereta yang pancit dengan mengunakan AUTO CAR JACK.

Untuk maklumat terperinci sila email ke add ini.

inquiry@powerpremiumsolution.com