Assalamualaikum semua...^___^
Selamat pagi. Hari ini mungkin akan disajikan dengan beberapa entri buat tatapan semua. Malam tadi gigih buat entri untuk hari ini. Kalau kat opis mungkin tak ada masa dan takkan sempat untuk luahkan idea untuk menulis.
Ini adalah entri kenangan bersama pengarah jabatan aku yang sudah bertukar ke negeri Johor minggu lepas. Pengarah aku bernama Datuk Daud bin Arbah. Kenal dengan beliau dari tahun 2008 semasa beliau menjadi timbalan pengarah. Tak nak cakap lebih-lebih mengenai beliau, nanti dikatakan apa pulak. Takut nanti ada opismate yang baca. Huhuhu. Mulut orangkan, nanti timbul spekulasi pulak. Apa yang penting, beliau memang seorang pengarah yang baik.
Doa aku untuk beliau semoga datuk cepat sembuh dan boleh berjalan kembali seperti dulu. Semoga datuk dapat menjalani tugas harian dengan baik dan dipermudahkan hari-hari datuk. Hari terakhir beliau di JKM, aku memang sedih. Sob..sob..sob..
Aku, Mira Mokhtar dan Datuk Daud.
Bergambar beramai-ramai. Ini group perempuan saja.
Gambar candid.
Kali ni termasuk sekali dengan kaum lelaki di opis. Beberapa kerat je lelakinya. Ramai yang tak ada. Yang penting kami ada gambar kenangan bersama bekas pengarah JKM.
Sekian entri keduaku pada hari ini.
No comments:
Post a Comment