Tuesday, June 18, 2013

~Layan Nasi Arab Pulak~

Assalamualaikum...

Selamat pagi selasa.  Pagi ni bersantai sikit ke kerja.  Tak adalah keluar awal pagi seperti semalam.  Semalam jam 6.30 pagi sudah berada di atas jalan raya.  Aku kena hantar anak-anak sebab asben keje malam.  Hari ni offdaynya aku boleh bersenang-lenang sikit.  Hihihi...

Nak cerita jumaat lepas, first time asben bawak kami makan nasi arab.  Kebetulan jumaat lepas besday MIL aku.  Itu yang keluar makan.  Akhirnya kami membuat keputusan untuk mencuba nasi arab.  Ala-ala abang rahman gitu.  Kan Mira Mokhtar?Bila sebut arab teringat telemovie Cinta Di Menara Al-Burj.  Betul ke tajuknya?Lakonan Cik Ta, Tasha Shilla, Norkhiriah dan yang paling penting ada Fahrin.

Okey, dah melalut pulak.  nak cerita pasal makanan arab nanti termasuk cerita lain pulak.  Berbalik kepada tajuk.  Mari kita bercerita berdasarkan pada gambar rajah.

Kami sampai di depan Restoran Makanan Arab yang terletak di Bukit Beruang.  Apa gambar ni tak clear.  Kamera tak bagus.  Hihihi.  Aku guna kamera digital je.

Aksi ammar di dalam restoran.  Ramai jugak orang yang datang makan di sini.

Bertudung oren itulah my mom in law.  Sebelahnya sudah tentu semua orang mengenalinya.

Ammar yang suka bergambar juga.

Tadaaa...Inilah yang kami order.  Aku tak ingat namanya apa.  Ini size small ye.  Ini untuk asben aku.  Tak silap dia order kambing sama dengan adik iparku.

Ini untuk mil aku.

Ini aku punya.  Aku ingat mandi chicken.  Banyak gila!!Aku tak terhabis.  Makan sikit dah muak kut.

Adriana buat style gyiyomi.

Ammar pun nak jugak.  Nanti nana kata "kenapa adik suka ikut apa nana buat?"  Jawapan aku sebab "Nana kakak dia."  Nana pun diam dan dia akan bertanya lagi bila ammar ikut perbuatannya.

Mama dan papa nak juga enterframe..

Selesai makan kami bersantai-santai.  Total makan di restoran itu je dah RM70 lebih.

Tengok gaya mereka.  Apa kakak buat, adik nak buat juga.  Nanti next entri ke manakah kami bersantai selepas makan.  Jam 12 malam baru pulang ke rumah.  Pada sesiapa yang nak rasa nasi arab bolehlah mencubanya!!!






                                                                                                        

1 comment:

adianiez AIDA said...

ada 2 kali jek gi dima. tak abis!!! aida suka makan roti dia yg besar giler cicah kuah kambing signature dish dia.
nasi arab kat seremban ~ damsyik tu selalu aida gi if balik umah mil. bleh la abis nasi nyer...