Sunday, June 2, 2013

~I'm 30 Yo!~

Assalamualaikum...

Dengan ini, hari ini tanggal 2 Jun 2013 aku sudah melangkah ke angka 30an.  Yeay, 30 tahun sudah!!Bangga gitu sebab melangkah ke 3 series.  Tiada lagi sweet 20 gitu.  No more!!Sila sedar diri, asyik nak sweet memanjang.  Memang terasa tua sangat-sangat tapi kiranya ini masih awal 30an.  Nak sedapkan hati sendiri.  Hehehehe...

Alhamdulillah, di usia ini masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas.  Masih berpeluang untuk bersama suami dan anak-anak yang awesome!!!Awesome lagi. Opsss, sorry.  Kutlah ada sesiapa yang kurang selesa dengan perkataan awesome yang aku gunakan.  Entahlah memang dah terbiasa guna, saja nak menceriakan suasana menulis di blog ini.  Niat aku sempena hari lahirku ini memang ada.  Cuma aku berharap apa yang sedang dan ketika ini aku buat akan berjaya!Mudah-mudahan.  Masih mengekalkan hidup bersederhana dalam apa jua keadaan.  InshaAllah.  Janganlah dah tua-tua ni berubah pula.:D

Bersyukur sekali lagi.  Harap dapat menikmati hidup ini dengan rasa penuh kesyukuran.  Umur dah 30 ni, nak kena jaga diri walaupun ada orang kata tak nampak macam 30.  Orang yang kata, bukan aku tau.  Tak payah nak sedapkan hati den.  Orang lain dengar boleh muntah ijo.  Muka pun kusam.  Jeraaawaaattt, jeraagaaat semua ada.  Kalau tak berbedak, macam zombi.  Aku memang berbedak je, mana pernah bermake up.  Lipstick pun jauh sekali.  Aku rasa lipstick pun tak ada kut.  Lama dah tak beli.  Teruk benar ke aku ni?Laki aku selalu tegur pucat.  Huhuhu.  Aku setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Tak reti nak berlipstick.

Aku beberapa hari sebelum 30.  Pesanan untuk diri sendiri, semoga aku sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk membesarkan anak-anak aku.  Apa yang aku impikan akan tercapai, permudahkan segala urusanku, moga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki sentiasa buatku dan suami dan semoga hidup aku akan diberkati selalu olehNya.  Semoga doa-doa aku akan dimakbulkan Allah.  Amin...






                                                                                                                      

No comments: