Pages

Wednesday, June 5, 2013

~Bbq Di Belakang Rumah~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua!!!Sudah lunch?Aku baru lepas menikmati makan tengahari di kafe tempat biasa aku makan bersama Kak Nisah dan juga Mira Mokhtar.  Itulah je tempat makan untuk kami.  Nak keluar jauh-jauh malas.

Okey, nak cerita kisah sabtu lepas.  Al-kisah...tersebutlah kisah..sabtu lepas family sebelah asben aku merancang untuk berbbq.  Dan post yang telah dipilih adalah di teratak kami.  Tengahari tu aku sudah bersilat di dapur.  Padahal tugas aku hanya memasak nasi lemak.  Kemudian aku buat cocktail.  Apa lagi ek aku buat?Sampailah yang lain datang mulalah bermacam-macam tugas.

Mula menghidupkan bara.

Sesi membakar sudah dimulakan.

Ayam ni biras aku Kathy yang buat.

Persediaan tempat di belakang rumah.  Budak-budak termasuk anak aku berlari ke depan ke belakang.

Laki bini sibuk berdua membakar.

Mil aku sedang masak sambal udang.

Dia orang sudah sibuk di luar.  Aku hanya melawat kawasan.  Tapi hari tu laki aku yang banyak jadi photographer.  Mentang-mentang ada gadget baru itu yang dipikul ke hulu ke hilir.  Cuba bagi kamera digital.  Hehehe...

Ini yang dia ambil gambar bini dia.  Abaikan aku berpakaian sebegitu.  Orang dapur kan.

Wah...bestnya..Masa ni tak sabar betul nak makan.

Dia orang yang rajin membakar.

Bersungguh-sungguh.  Aku sudah entah ke mana.  Di dalam rumah uruskan apa yang patut.

Sudah malam ye.

Bakar ikan dan otak-otak.

Ini juga orang kuat.  Masa ni aku pula yang ambil alih jadi photographer.

Kanak-kanak leka bermain.

Separuh makanan sudah dihidangkan.

Laki den dan adik iparnya dan juga biras aku Kathy.  Baju laki aku dah sedondon dengan warna kabinet.

Ini part yang tak aku jangka.  Laki aku belikan kek untuk birthday aku.  Terharu betul aku.  Ingatkan tak ada surprise utnuk aku.  Terima kasih, abang.  I lap u.

Sebelum pulang bergambar satu keluarga.

Ini tetamu yang ditunggu-tunggu.  Sampai kita orang sudah habis makan.  Mak uda dan pak uda sekeluarga. 

Gambar terakhir adalah gambar pak uda dan anaknya, Ira.  Selesai semuanya, masing-masing pun pulang.  Aku dan asben mengemas apa yang patut.  Penat memang penat tapi enjoy!!Nak-nak ada kek untuk aku yang dibeli khas oleh asben aku.  Sekian entri aku untuk tengahari ini.  Bersambung di lain entri.

Love,
A.A

Publish!!






                                                                                                          

2 comments:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

besaunye yard kat belakang umah tue

adianiez AIDA said...

syok ler ada kawasan besar nak bbq. umah aida ni if terlebih org dtg, nanti ada yg berlaga punggung hi hi hi...
p/s: apen romantik ekk ha ha ha ha ha ha...