Monday, August 13, 2012

~Turn Family Aku Berbuka Di Rumah~

Sabtu lepas family aku pulak datang berbuka kat rumah aku.  Macam biasalah aku perlu masak untuk mereka semua.  Yang datang family aku dan maklong serta anak-anak buah aku.  Itu pun tak cukup korum sebab kakak sepupu aku belum sampai Melaka baru balik dari Kuching Sarawak.

So pagi sabtu tue aku ke Mydin untuk membeli barang-barang untuk di masak.  Sebelum ke Mydin aku sempat bakar kek untuk dessert petang tue.  Aku cadang nak buat Devil's Food Chocolate Cake.  Search kat internet ramai kata kek nie sedap.  Aku nak jugak try buat.  Gambar kek aku tue ada kat bawah nie.

Ok untuk menu hari sabtu tue aku masak atas request daripada adik aku yang nak rasa masakan daripada kakak dia yang sorang nie.  Sesekali rasa air tangan kakak pulak.  Hehehee..Jom tengok menu yang aku masak hari tue.  Aku sorang yang masak.  Main hentam jea.  Aku bukanlah pro pun dalam masakan nie.  Amatur jea.  Sesekali ada jugak yang tidak menjadi.

Menu 1 : Lasagna

Menu kedua : Air Asam untuk dimakan bersama Nasi Daging.

Ini pulak Nasi Daging.

Dessert Devil's Food Chocolate Cake.  Sedap kek nie cuma namanya saje yang tak berapa nak sedap. ;D  Tengok kek nie teringat ada sesuatu berlaku.  Kek yang ada kejadian di sebaliknya.

Macam biasa aku akan buat koktel.

Ayam panggang rosemary.  Kali nie aku potong-potong ayam tue.

Sayur kobis goreng.

Dalca Ayam.

Inilah makanan yang terhidang untuk hari tue.

Agenda selepas berbuka bermain bunga api.  Ammar tue berangan pakai selipar besar.  Kenapalah gambar aku nie semua kelam sejak kebelakangan nie.  Merajuk kot kamera nie?

Aku with my lovely niece.  Nasib dia ada.  Saat-saat akhir datang menolong aku walaupun aku sudah habis memasak!!!

Muka orang kepenatan.  Memang penat giler tapi enjoy!!!

Da nak balik.  Muka keletihan lagi tapi bergambar tetap diteruskan.

Ready to go home.  Bergambar dulu.  Tengoklah kamera aku nie.  Ada aku lempar jugak kang.  Tak clear kan.  Merajuk agaknya sebab aku kata nak beli DSLR.  Hehehe..

Apa-apa harap korang berpuas hati dengan layanan kami.  Apa yang terkurang terhadap makanan tertawar ke, termasin ke harap dihalalkan.  Aku bukanlah chef.  Masak asal boleh jea.  Sekian terima kasih. :D





                                                                                                                     

No comments: