Pages

Wednesday, August 22, 2012

~Cerita Di Malam Raya~

Sehari sebelum raya aku dan anak-anak balik rumah mak dulu.  Memang kebiasaannya petang raya kami di rumah mak aku.  Asben aku keje lagi.  Jadi baliklah ke kampung kami 3 beranak.  Jauh bebenorlah kampung tue.  Hihihi.

Hari tue masa kemas-kemas beg nak masukkan dalam kereta asben aku kata nak balik kampung ke?:D  Sabajelah.  Perli ke apa tue.  Walaupun rumah aku dengan rumah mak yang x sampai setengah jam dah sampai nakler jugak bawak bekalan baju.

Ketupat yang sudah siap dimasak.

Hidangan untuk berbuka petang itu.

Sambal ayam feveret aku.  Memang aku suruh mak aku masakkan.  Nggeeeee...

Selepas selesai berbuka.  Adriana sibuk nak main bunga api.

Mendengar pengumuman raya.

Selepas dah settle kat rumah mak aku, aku dan asben balik ke kampung asben di Pulai.  Memang tiap tahun malam raya balik kampung dulu.  Cuma bezanya kali nie beraya tanpa nenek.   Ini semua sepupu sepapat asben.

Ammar mencari arah tujuannya.

Mereka sedang berkumpul di halaman rumah bermain bunga api.  Kalau balik kampung memang meriah sebab kat kampung asben aku memang ramai.  Jadi memang riuh rendahlah suasana di kampung.  Lepas dah settle di kampung kita orang balik rumah terus.  Itu pun balik dah lewat.  Sampai rumah pun pukul 1 pagi.  Terus tidur sebab esok pagi-pagi dah nak kena bangun awal.  







                                                                                                                        

No comments: