Monday, August 6, 2012

~Iftar 10 & 12 Ramadhan~

Untuk hari isnin lepas, aku cadang nak masak western untuk makan berbuka puasa.  Jemu dah makan nasi hari-hari.  Time lunch hour tue aku dan officemate ke Mydin untuk beli barang basah untuk masak.  Beli daging dan lain-lain keperluan yang diperlukan.  Petang tue aku terus balik rumah dan asben yang amik anak-anak kat rumah mak aku.  Kalau aku yang amik memang tak sempat aku nak balik masak.

Untuk berbuka  10 Ramadhan aku masakkan beef steak untuk asben aku.  Selain itu aku buat coleslaw dan kentang putar.
 
Lepas tue tangok ada balace roti aku pun buatlah sosej roll lagi.  Kali nie guna bread crumbs yang warna kuning,  Cantik skit.

Untuk 12 Ramadhan pulak kita orang berbuka di luar.  Cerita untuk 11 Ramadhan tak ada yang menarik sebab asben berbuka di luar.  Aku bertiga di rumah bersama anak-anak.  Kita orang berbuka di D'Nangka Bukit Katil.  Area rumah kita orang.  Keluar rumah pun dah lewat.  Sampai jea orang sudah azan.

Tenguklah dulu air kosong.

Ammar sedia menanti untuk disuap.

Permandangan tempat makan kami.  1st time makan kat sini.

Mama dan Ammar.  Mama aje yang tengok kamera.

Lambat sangat tunggu makanan.  Baik minum susu dulu.

Aku order air tembikai laici.

Aku order nasi goreng paprik.

Mee sup untuk adrianammar.

Dan ini makanan untuk asben aku nasi goreng tom yam.

Kalau berbuka kat luar dapatlah rest sikit daripada masak.  Dasar pemalas aku nie kan.  Rasanya hari ini pun macam nak ajak asben berbuka kat luar sebab penat semalam tak hilang lagi. :D









                                                                                                                    

No comments: