Tuesday, August 14, 2012

~Kami Sudah Bayar~

Salam..

Korang dah tunaikan tanggungjawab menunaikan zakat fitrah?Kalau belum jangan lupa tunaikan tanggungjawab itu yea.  Masih mempunyai masa lagi untuk membayarnya sehingga 1 Syawal sebelum solat Aidilfitri nanti.  Oleh itu mari kita fahami erti sebenar zakat itu sendiri.

Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (bahasa Inggerisalmsgivingatau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.
Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
(۱۰۳) خُذۡ مِنۡ أَمۡوَالِهِمۡ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡ إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَنٌ لَّهُمۡ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya
SYARAT WAJIB ZAKAT :-
Mana-mana individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat. Ia perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat sebarang taksiran. Syarat-syarat tersebut adalah:
  • Islam
  • Merdeka
  • Sempurna milik
  • Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
  • Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat genap atau melepasi nilai minimum)
  • Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun Masihi)
  • Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
Sumber :  http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2011/08/zakat.html

Kami sudah pun membayarnya.  Asben bayar minggu lepas di surau taman untuk aku dan anak-anak.  Settle satu perkara!!!







                                                                                                                         

No comments: