Pages

Wednesday, August 8, 2012

~Menu Berbuka Semalam~

Aku kembali ke dapur untuk bersilat gayung yea.  Hihihi.  Semalam masak simple aje.  Mula-mula suruh asben tapau makanan kat Param jea.  Tapi biasalah laki aku tue nak jugak masak kat rumah.  Nak tak nak aku masak jugak. 

Mula-mula tak ada idea pun nak masak apa.  Balik dari kerja macam biasa amik anak-anak aku then terus balik rumah.  Tengok-tengok dalam almari adalah benda yang boleh dimasak.  Jom tengok apa yang aku masak.

Sambal Sardin.  Nak jugak hias dengan daun sup.  Sayang tak digunakan.  Ada lebih letak ajelah.  Penangan daripada siapalah nie..Hihihi..Iye kan As??

Lepas tue aku masak maggi kari.  Tekak tetibe teringin bila semalam Kak Nisah kata nak masak maggi.  Tang dia kata sedap tue yang buat aku terliur.  Masak jugak 2 bungkus maggi.

Dan juga ayam goreng dan dihiaskan dengan salad yang dijadikan ulam sebab tak sempat nak masak sayur bagai.  Ini sajalah yang dapat aku prepare untuk berbuka semalam sebab aku start masak pukul 6.15 petang.  Betapa huru-haranya aku di dapur.  Menu semalam dah lepas hari ini pulak tak tahu nak masak apa.  Macam nak makan nasi kerabu. :D





                                                                                                                      

No comments: