Pages

Friday, August 17, 2012

~Persiapan Untuk Raya~

Persiapan raya rasanya semua dah 100% settle.  Untuk diri sendiri, suami dan anak-anak rasanya semua sudah mencukupi.  Baju untuk anak-anak jea yang lebih.  Raya untuk anak-anak jea.  Persiapan untuk rumah ala kadar saje.  Langsir pun tak bertukar.  Baru lagi buat tahun lepas.

Untuk perkara yang paling merisaukan hati sebelum nie sebab belum ada baju raya.  Tapi telah berjaya diselesaikan hari tue.  Entry di SINI.  Aku nak jugak pakai sedondon anak-beranak tahun nie.  Itu yang gigih mencari baju sama.  Letih sebenarnya mencari tapi terpaksa tolak ketepi letih itu.  Oklah jom tengok serba sedikit persiapan untuk raya tahun 2012 ini.

Hasil rembatan kami di Jusco dan juga di bazaar..

Tadaa...Inilah baju raya kami.  Sedondon di pagi raya nanti.

Ini pulak kasut raya untuk adrianammar.  Adriana memang tak dapat dipisahkan dengan warna pink.

Ini baju raya untuk princess.

Yang ini pula baju raya untuk my lil boy.

Yang ini baju aku beli online tempohari.  Sudah berkenan aku beli jugak.  Baju merah tue sedondon dua beradik nanti.

Duit raya telah pun ditukar.  Kami tukar tak banyak.  Setiap tahun amaun yang sama.

Sampul duit raya daripada Aeon Jusco.  Untuk member yang belanja RM50 ke atas dapat sampul ini.  Aku kan pembeli tegar di Jusco.  Malam raya boleh isi duit pulak dalam sampul ini.  Kuih raya pulak yang aku buat sendiri adalah dalam 4 jenis kuih.  Gambar kuih raya akan diupdate kemudian.  Oklah settle sudah segala persiapan untuk raya.  Tunggu nak raya jea dan sedih pulak bila Ramadhan akan tinggalkan kita.  Di harap kita dapat berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan. 







                                                                                                                        

No comments: