Pages

Wednesday, October 19, 2011

~Spageti Goreng Yang Simple~


Sudah hari rabu, barulah terhegeh-hegeh nak cerita pasal weekend yang lalu.  Pagi sabtu yang lepas, tak tahu nak makan apa.  Apalah yang ada di dapur.  Lamalah jugak mencari idea apalah yang aku nak masak untuk mengisi perutku ini yang sudah berdendang dan berkeroncong.  Selongkar punya selongkar macam tikus mondok jumpalah sepaket spageti di dalam kabinet.

So, tanpa membuang masa aku pun rebuslah spageti itu.  Aku taklah guna sepaket tue sebab banyak sangat.  Kat rumah pun yang tinggal berapa orang jea.  Tambah tolak yang makan dengan seriusnya aku dan asben aku jea.  Adriana memang makan ciput jea yang selebihnya akuler makan.  Ammar dah memang tolak ke tepi.  Itulah mama kembang semangkuk.  Anak tak habis makan, mak yang habiskan.  Sayang membazir jea makanan itu.

Ini dia spageti yang sedang direbus sehingga lembut di dalam periuk yang dibeli di Kelantan tempohari.  Promote gitu.  Periuk cap buaya.:-)


Sementara itu aku siapkan perencah-perencah lain.  Nasib ada udang, fish cake, capsicum dan carrot.  Sekali tengok ada jugak ayam kisar.  Bolehlah masukkan sekali nanti.

Itu dia..Close up sikit spageti dari air tanganku sendiri..:-)

Ada sesiapa yang nak ubah selera.  Bolehlah mencubanya.  Aku bagi jugak resipinya walaupun aku cuma campak-campak bahan-bahannya ke dalam kuali. :-)

Bahan-bahan :
Spageti (rebus sehingga lembut) - berapa banyak bergantung kepada anda
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus
Ayam / Daging Kisar (aku gunakan ayam kisar sebab itu jea yang ada dalam peti ais)
Udang
Lobak
Capsicum
Fish Cake
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak

Cara-cara :
1)  Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2)  Masukkan udang dan ayam kisar.  Tunggu sehingga masak.
3)  Masukkan sayuran yang telah disediakan.  Boleh tambah lain sayuran yang anda suka.
4)  Tambah serbuk lada hitam dan garam
5)  Akhir sekali masukkan spageti yang telah direbus.  Kacau rata
6)  Sedia dihidang.

1 comment:

adianiez AIDA said...

aida ari tu goreng spageti ala-ala goreng mee kuning dgn lada. anak2 tak nak! syuhada kata, "ibu tukar la mee ni. mee ni tak sedap!" aduhai, melayu betul la anak2 aida!!!