Saturday, October 15, 2011

~Aktiviti Ammar~


Ammar semakin bijak dan aktif.  Sekarang ammar tidur di katil turun-temurun daripada adriana.  Katil nie parents aku beli masa adriana.  Al-maklumlah cucu pertama katankan.  Kalau aku masak pun aku letak budak kecik nie dalam katil nie.  tapi risauler dia kan duduk dalam nie lama-lama.  Kalau dia dah boleh bercakap mesti dia kata 'saya mahu bebas mama.'  Hehehe.. Mama datang tabiat tak sabar nak tengok ammar bercakap pulak.

Masa ammar 2 bulan kejap-kejap cakap dengan mak cepatlah ammar boleh duduk.  Senang sikit nak bawak ke mana-mana.  Time ammar semua nak cepat besar.  Sebab?  Bolehlah dia main-main dengan kakak.  Inilah kekdahnya kalau dia berada di dalam katil ini.  Aktiviti ini ketika ammar di bawah pengawasan mamanya.  Cubaan ammar nak berdiri.  Bila dah terhantuk mulalah rabak.  Bila diam, dialah orang yang paling cool.  Sekali menangis bukan main kuatler.

Mula membangunkan dirinya

Masih dalam percubaan.

Kesian tengokkan.  Tergigil ammar nak berdiri.  Tapi biar dia buat sendiri.

Masih mencuba.  Ammar leka tengok si kakak dok menyanyi.

Sekian dulu cerita untuk hari ini kisah mengenai anak-anak aku.  Sesungguhnya aku gembira melihat mereka membesar di depan mata aku sendiri.

No comments: