Monday, October 10, 2011

~Simpanan Pendidikan Untuk AdrianAmmar~

Salam Mommies and Bloggers di luar sana...

Hari khamis sudah.  Cepat rasanya masa berlalu.  Seperti yang kita semua ketahui, simpanan adalah sangat penting untuk kita seisi keluarga.  Walaupun sedikit mana pun simpanan yang kita ada, at least kita mesti menyimpan sedikit duit kita untuk kegunaan pada masa akan datang.  Banyak kegunaan duit simpanan kita itu sekiranya berlaku apa-apa perkara kecemasan yang berkaitan dengan duit misalnya kalau ada family yang sakit, untuk pendidikan dan lain-lain perkara.

Untuk permulaan aku dan asben, kami telah pun membuat simpanan untuk si kecik kami, adrianammar.  Asben aku telah pun membuat simpanan pendidikan untuk adrianammar iaitu SSPN.  Mesti semua orang dah tahu akan kewujudan SSPN nie kan.  Mungkin ada jugak yang sudah punya akaun SSPN nie.  Aku dan asben jea baru yang terkedek-kedek nak buat kan.  Apa-apa pun ini sebagai langkah permulaan bagi anak-anak kami.  Simpanan untuk mereka pada masa akan datang.

Dua bulan lepas kami telah pun mendapat surat daripada PTPTN.  Barulah sekarang nak buat entrynya.  Jom tengok gambar.  Kalau tak ada gambar memanglah tak meriah blog kan??. :-0  Sebab ada orang suka tengok gambar daripada membaca benda mengarut yang ditulis.

Inilah surat daripada PTPTN..

Ini untuk Ammar.

Ini untuk Adriana.

Surat untuk mereka berdua.

Ini pulak kad SSPN yang disertakan sekali bersama suratnya.

Apa-apa pun persediaan awal amat penting untuk anak-anak.  Untuk SSPN asben aku yang masukkan duit.  Mama pulak ada tugas lain untuk simpanan mereka berdua.  Kenalah agih-agihkan. 

Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai SSPN ini boleh rujuk DI SINI.


No comments: