Monday, October 17, 2011

~Sabtu Kami Di Area Banda Hilir~

Semalam petang, lepas asben aku balik keje dalam pukul 5 kita orang bersiap untuk keluar.  Lama sudah rasanya kita orang tak lepak anak-beranaks.  Sebelum itu, aku dah siapkan anak-anak dulu.  Pukul 5 asben mesej kata dah otw nak balik, aku pun mandikan askar-askar wataniah aku tue.  Seperti biasa, mama orang yang akhir akan bersiap yea.  Itu pun budak-budak nie dah tak tak tentu arah.  Nak-nak adriana, dah siap awal dok ke hulu ke hilir dah berpeluh-peluh.

Keluar rumah dalam pukul 6 lebihlah jugak.  Biasalah kalau ada budak kecik nie masa harus didrag daripada masa yang dirancangkan oleh aku dan asben.  Akhirnya kami keluar jugak.  Destinasi kami adalah untuk ke Mahkota Parade.  Lama sungguh tak sampai ke MP.  Teruk benau bunyinya.  Maklumlah sejak asben keje weekend memang masa untuk melepak kami adalah sangat terhad.  Pusing-pusing dalam MP jea.  Tak beli apa-apa pun.

Ini permandangan dari luar.  Mahkota Parade.  Aku snap picture dari seberang jalan.  Masa nie aku di Dataran Pahlawan.

Dari MP kami ke Hattan Square.  Tempat baru nie.  1st time kita orang menjejakkan kaki ke sini.  Tak ada apa yang menarik pun di sini.
Adriana bergambar kat dalam Hatten Square.
Suruh bergambar kat sini dia tak nak.  Takut labah-labah yang dok terjuntai ke bawah.
Papa dan anak-anak.
Mereka bergambar di luar Hatten Square.
Kemudian kami ke Dataran Pahlawan pula.  Seberang jalan dari Hatten Square.  Pusing-pusing dalam tue jea.

Tengah jejalan tiba-tiba bunyi kompang.  Rupa-rupanya Ketua Menteri Melaka datang.  Kita orang ikutlah dari belakang. 
Rupanya ada Malam Puisi Riong.
Lepas dah puas berjalan, perut pun sudah mintak diisi.  Haruslah isi minyak sebelum pulang ke rumah.  Kami makan di A&W.  Lama tak makan kat sini.  Yang tak menahan tekak aku adalah airnya itu.  Sedap dengan ais krimnya itu.
Mama dan anak-anak pula.
Ammar duduk diam jea ketika mama makan.  Tapi kenalah bagi dia mainan untuk dia duduk diam.  Kahhh..
Apa yang dapat bawak masuk mulut.  Ini jealah gambar yang ok, yang lain bergegar sebab ammar tak duduk diam.
Pusing-pusing luar dataran.
Kami sudah mahu pulang.  Jam pun dah pukul 9 malam.  Penat tapi seronok.  Spent time dengan family adalah sangat menyeronokkan. Quality time!!!

No comments: