Friday, October 21, 2011

~Ubat-ubatan Untuk Mereka~

Malam tadi bawak adrianammar ke Klinik Kidz.  Klinik pakar kanak-kanak.  Sesiapa yang tinggal di Melaka mesti tahu dan mungkin ada yang pernah pegi ke klinik nie.  Klinik nie dekat area Batu Berendam.  Aku dan asben memang biasa bawak dia orang ke sini sejak adriana lagi.  Kalau klinik nie tutup baru pegi ke klinik lain. 

Sampai dalam pukul 8 lebih.  Nasiblah tak ramai patient malam tadi.  Ada sorang dua jea.  Bila turn dia orang jumpa doktor, cek semua.  Doktor cek bontot ammar sekali sebab kelmarin ammar tak lawas nak bunag air.  Semalam terlebih lawas pulak sampai melecet-lecetlah bontot ammar.  Lepas tue cek sekali kelengkang ammar sebab macam ada ruam.  Jadi doktor bagi 2 krim untuk disapu di tempat yang berlainan.  Anak-anak aku nie patternnya memang alah kat area tue.  Dulu adriana selalulah jugaklah merah kat bontot.  kadang kena ruam.  Padahal kerap jugak tukar pampers.  Jaga-jaga pun kadang kena jugak.

Macam-macamkan bila ada anak kecik.  So semalam bawaklah balik seplastik yang penuh dengan ubat-ubatan.  Rasanya ini pertama kali aku dan asben bawak balik ubat yang banyak sekali.  Maklumlah dah 2 anak.  2, 2 pulak tak sihat.  

Inilah ubat-ubatan yang doktor bekalkan.  Ubat demam, batuk, selsema, 2 ubat cirit-birit dan 2 krim.  Semua ada 7 jenis ubat.  Total semua RM82.  Janji anak-anak cepat sembuh.  Balik asben aku yang bagi ubat pada anak-anak.  Sebab untuk kes adriana yang susah makan ubat, adalah lebih baik papanya yang bagi makan.  Papa jenis garang skit.  Mama tak garang kan??:-)  Kalau dengan aku adriana manja terlebih.  Jadi untuk dia makan ubat aku tak akan ada di depan matanya.  Sebab papa paksa nana makan.  Mesti makan.  Thanks papa!

Pagi nie namapak ada kurang sikit pada adriana.  Harap dia cepat sembuh.  Mama susah hati tengok nana melepek jea. 

4 comments:

Cho Zila said...

memang tak seronok kalau anak sakit rasa serba tak kena dibuatnyer...

alyyani said...

2 org nye ubat tak sampai rm100 mmg ok la. pakar lak tu kan. hope nana dgn ammar cepat sembuh. nasib dah nak hujung minggu ni kan :)

LYAfrina said...

moga cpt sembuh ke-2-2nyer.... sma la dgn asya..part mkn ubat.. mcm prang dunia ke-2

adianiez AIDA said...

aida skang ni berjaga-jaga utk 2 dara tu. panas skit, bagi ubat. batuk skit, bagi ubat. aida gi spital pantai je, dekat. doktor lee.