Thursday, October 13, 2011

~Cerita Ammar Lagi~


Cerita pasal ammar lagi hari ini.  Pagi tadi pun cerita pasal budak kecik nie.  Mama tengah rajin nak update blog.  Jadi rajinlah menulis di sini.  Ammar sekarang sudah pandai duduk, merangkak, memaut untuk berdiri dan serba-serbi sudah pandai.

Satu rumah jugak dia jelajah.  Sekarang, ammar sudah mula meneroka dunianya.  Mama sangat seornok melihat perkembangan sihat ammar.  Lepas nie, boleh ammar main kejar-kejar dengan kakak.  Selalu kakak buli awak.  Geram agaknya kakak tengok adik.  Pertama kali adik duduk, kakak gembira.  Kakak cakap 'Adik dah boleh duduk.  Adik nana dah besar.'  Itulah dialog kakak ammar.  Macam-macam kakak tue.

Ini gambar ammar dua hari lepas aku amik.  Masa aku balik rumah lepas keje, ammar baru bangun dari tidur.  Teruslah dia buat aktivitinya. 

Ini port ammar sebab dia suka nak memaut kat kabinet tv tue.

Mama angkat letak kat tengah nie.

Dok menangis sebab baru lepas terhantuk.

Cari idealah tue nak buat apa pas nie.

Mama geram dengan kamoo..

Mama bagi unta,  Dok diam-diam main dengan unta itu.

Tak nak jugak unta tue..Mahu jugak nak ke kabinet tv tue. 

2 comments:

~aSFaLiZa~ said...

cepat je kan dah duduk n merangkak. cayok cayok

amieda said...

yea yea good boy....