SUKA ENTRY DI SINI???

Wednesday, June 10, 2015

Tak Boleh Percaya Sangat!

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat pagi semua. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. Itu yang diharap-harapkan dan sering dipanjatkan doa agar kita menjadi seorang insan yang baik perilakunya. Moga kita sentiasa dilindungiNya dan dirahmati. Amin.

Berbalik kepada tajuk entri pagi ini, berkaitan soal kepercayaan. Bagaimana kita mempercayai seseorang dan begitu juga orang yang mempercayai kita. Sebaiknya perlu dijaga soal kepercayaan ini kerana sekali kepercayaan itu lenyap tidak mungkin kita akan perolehnya kembali.

Setiap manusia pastinya tidak sempurna. Ada kekurangan dan kelemahannya sendiri. Begitu juga dengan diriku. Tetapi sebaik mungkin dan selalu berdoa pada Allah agar ditetapkan iman dan hati supaya tidak menipu pada orang lain. Memang aku tersangatlah pantang kalau ditipu. Bila kita baik, dia ambil kesempatan pada diri kita dan menjadi tidak jujur. Siapa yang boleh terima bukan?

Memang tidak akan aku lupakan dunia akhirat lebih-lebih lagi bila kita meletakkan sepenuhnya kepercayaan pada insan tersebut tetapi dia menipu aku. Tak kiralah siapa pun dia pada aku. Pada aku, kepercayaan dan keikhlasan adalah sangat penting dalam sebuah perhubungan mahupun ikatan. Sekali terluka selamanya terasa.

Banyak cerita yang aku pernah dengar soal kepercayaan ini. Ada kawan yang menipu kawan baiknya, ada suami menipu isteri dan sebaliknya. Bermacam-macam perangai manusia. Sementara kita dipercayai seeloknya jagalah ia kemas-kemas. Jangan biarkan diri dihasut iblis yang sentiasa mahu menyesatkan manusia supaya tidak mengikut jalan yang lurus. Minta dijauhkanlah.

Seperti yang dipetik dalam blog kak Aina Emir yang berbunyi begini;
Jangan sampai diri kita dilabel sebagai 'tak amanah' atau 'tak jujur', atau penipu atau pengkhianat...atau 'dia memang tak boleh percaya sangat!'

 Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

Miz Eija said...

salam fyda... setuju ! jangan letakkan kepercayaan 100%.. moga kita dilindungi dari manusia2 yang tak jujur nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart