SUKA ENTRY DI SINI???

Tuesday, June 23, 2015

Catatan 5 Ramadhan : Iftar Di Muara Sg. Duyung

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri & FB Enya Best

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...

Selamat petang semua. Waktu rehat dapatlah lelapkan mata sebarang dua. Mata bagaikan digam-gamkan. Sudahlah keadaan dalam pejabat sejuk bukan main. Mencengkam hingga ke tulang sum sum. Sudahnya kita orang matikan je penghawa dingin yang betul-betul berada di atas kepala aku. Cuba bayangkan betapa sejuknya.

Berbalik kepada tajuk entri, semalam bersamaan 5 Ramadhan kami sekeluarga berbuka puasa di luar. Aku dan anak-anak diajak oleh asben memandangkan bahagian asben yang anjurkan majlis ini. Berbuka puasa bahagian PERTEK dan keluarga bersama Yang Berbahagia Dato' Pengarah Kastam serta Tinbalan Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Melaka.

Kalau berbuka di luar tu memang masa untuk aku melompat girang. Tak perlulah kelam-kabut masak petang semalam. Bolehlah bersantai-santai kan. Jadi semalam balik 4.30 petang aku terus jemput anak-anak. Mula-mula jemput Ammar di rumah mak kemudian bergegas ke tuisyen untuk jemput Adriana pula. Selesai semuanya terus balik dan bersiap. Jam 6.30 petang kita orang gerak dari rumah menuju ke Muara Sg. Duyung.

Waktu ini belum dipenuhi manusia.

Aku duduk sebelah ni. Semua meja sudah ditempah.

Segalanya sudah disusun rapi. Tunggu lauk-pauk saja.

Budak ni gigih berpuasa. Semalam dapat sehari penuh.

Ini sudah masa berbuka. Masing-masing sedang menikmati makanan yang terhidang.

Aku tu makan dengan begitu fokus sambil melayan mulut sakit. Langsung tak menikmati makanan semalam. Makan pun ala kadar je. Tengok Adriana semalam banyak jugak dia makan.

Ini semua bos-bos. Mereka enggang aku pipit. Motif sangat!

Adriana tersenyum riang sebab perut sudah kenyang. Ammar dari sampai muka stress je. 

Ini antara warga PERTEK bersama keluarga masing-masing.

Gambar terakhir yang diambil. Lelaki berbaju biru adalah bos besar PERTEK dan berdepan dengannya pula yang berkaca mata itu adalah Pengarah JKDM Melaka. Itu sahaja catatan untuk 5 Ramadhan. Alhamdulillah semuanya nampak seronok begitu juga dengan aku dan anak-anak. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart